SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN SEBARKAN

Friday, September 28, 2012

Waspada UMPAN Najib

Hari ini di Parlimen Najib akan bentangkan Bajet 2013 - Rakyat pasti gembira kerana :

- Hapus TOL di "selected Highways" 
- Penurunan harga petrol dan diesel 
- Penurunan cukai kereta 20% 
- Penurunan harga rumah 
- Penghapusan PTPTN 
- RM550 sebulan untuk 84 ribu keluarga miskin tegar Ops silap ini bajet Pakatan bukan bajet Barisan...adoyaiiii 

P/S : Tapi dikhabarkan memang banyak gula-gula....yelah inikan bajet PRU13.....diberi ambil ... UNDI PAKATAN....hehehehe - Pakatan Rakyat Supporters


Sudah 14 tahun berturut-turut negara menggunakan BELANJAWAN DEFESIT untuk PANCING RAKYAT.....DEFESIT BERMAKSUD BELANJA MELEBIHI PENDAPATAN DAN TERPAKSA BERHUTANG. P/S : Hutang negara bukan negara yang tanggung yer tapi rakyat yang bakal menangungnya....UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA....
Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat 
BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN [SINI]. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. 

Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN. Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. 

Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahupun di dalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya di Pekan. 

Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya di antara bajet yang selalu dibentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik. 

 Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang dikatakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa ‘hulubalang’ BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. 

Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain. Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka. 

 Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya dilaksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang. 

 Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik. 

 Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang ‘ego’ dan ‘arrogant’ BN itu. 

 BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan ‘equation’ kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN. Bajet yang diunjurkan oleh PR itu jika diserahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. 

Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN). Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam. 

Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ianya lebih mengutamakan ‘efficiency’ yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu. 

 Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu. Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai ke peringkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. 

Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN. Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada ‘variables’ yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat ‘duit luar’ akan dianggap tidak realistik. Aspan Alias

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular