SELURUH penduduk Labuan masih mengingati kes seorang PATI Filipina, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah yang dikatakan memiliki beberapa pasport Filipina dan kini memiliki MyKad 670105-65-5058 melalui pintu belakang sekalipun sudah bernikah dengan Ahli Perniagaan ternama, Haji Alias Abdul Rahman.
Beberapa laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda PKR Sabah seperti menutup bangkai gajah dengan daun lalang kerana Emelda pernah ditahan kerana kesalahan imigresen dan dihantar balik ke Filipina.
Saya agak kesal kerana jika laporan palsu dibuat di Balai Polis Labuan oleh seorang pekerja Emelda, Mohd Adnan Jaafar terhadap Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman atas tuduhan memiliki dua kad pengenalan, pihak cawangan khas bukan sahaja menyiasat segera; malah mengundang campurtangan SPRM sehingga membazirkan wang rakyat menjalankan siasatan yang tidak perlu kerana setiap warganegara Malaysia hanya mempunyai sekeping kad pengenalan sejak sistem biometrik dilaksanakan.
Tetapi jika laporan dibuat oleh AMK -PKR, Polis tidak pun memanggil pelapor untuk mengambil keterangan, malah menutup kes berkenaan sehingga kini; sekalipun mempunyai bukti yang sahih.
Penduduk Labuan agak jengkel melihat Emelda @ pendatang haram Filipina memandu kereta sport Peugeot 206 Cabriolet Coupe 1.6 Auto (atap terbuka) bernombor LC 2281 di Pulau Bebas Cukai, Labuan; malah dilantik sebagai Ladies Captain di Kelab Golf Labuan.
Mungkin ramai penduduk Labuan terkejut kerana Emelda dan suaminya Alias yang menjadi pemilik bersama Tunas Rakyat Sdn.Bhd, turut memiliki beberapa syarikat seperti Labuan Container Terminal Sdn.Bhd, LPM Corporation Sdn.Bhd, Liberty Maritime Sdn.Bhd, JPL Venture Sdn.Bhd, Labuan Support Base Sdn.Bhd, Project Solution (Prosol) dan Insan Saga Sdn.Bhd.
Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan dengan IMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.
Mungkin ada baiknya jika kita mengkaji salah satu laporan polis yang dibuat PKR iaitu SKN/RPT/14267/07 pada jam 12.24 tengah hari, 7 November 2007 yang berbunyi;
“Pada jam lebih kurang 11 pagi tadi, saya menerima beberapa dokumen daripada team Parti Keadilan Di Labuan bahawa seorang Pemegang Saham Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd. yang juga pengarah dan pemegang saham Tunas Rakyat Sdn.Bhd, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad IMM13 secara tidak sah dan kini memegang kad pengenalan merah H8032925/670105-65-5058 kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan wanita Filipina untuk kegiatan maksiat di Labuan.
Mengikut siasatan saya, hanya pelarian perang yang beragama Islam yang datang ke Sabah sekitar 1970-an sahaja diberikan Kad IMM13, sedangkan Emelda adalah berketurunan Visaya yang memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan Pengarah LLPM iaitu Mohd Alias Abd Rahman, seorang rakyat Brunei yang mendapat taraf warganegara Malaysia.
Saya turut mendapat maklumat daripada Istana Malacanang Filipina bahawa Emelda Doliente adalah Agen Khas kerajaan Filipina di Malaysia. Pengesahan juga boleh dibuat melalui email totingbunye2000@yahoo.com.
Saya datang ke balai membuat laporan agar polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyiasat bagaimana seorang PATI boleh memperoleh IMM13 dan kini mendapat taraf warganegara secara tidak sah dan menangkap PATI berkenaan.
Laporan juga dibuat terhadap Mohd Alias Abd Rahman kerana bersubahat dan membuat akuan palsu sehingga isterinya memperoleh dokumen pengenalan diri secara tidak sah. Sekianlah laporan saya.”
Jika RCI memerlukan bukti yang sahih, mereka perlu menumpukan kepada kes Emelda dan Alias kerana kerakyatan mereka 'Tidak Telus' malah menjadi kata kunci kepada ratusan GRO yang menjalankan kegiatan haram di Labuan.
Salam Hormat,
M. RAFI

No comments:
Post a Comment