Friday, September 28, 2012

Ini bukan perkara kecik oii... ini wang negara, wang rakyat!

muhyiddin visit penang 160612Ambooiii..... Senangnya Jawaaab!  Senangnya nak lepaskan tanggung jawab... Allah Maha Pemgampun.

Sekiranya dosa yang kita buat 30 tahun dulu, adakah Allah tak akan tuntut sekiranya tidak mohon ampun dan taubat? Jadi kalau peringkat nak jual negara pun kalau cerita lama tak payah diungkit dan ambil tindakan? 

 Ini bukan perkara kecik oii... ini wang negara, wang rakyat! Aku cadangkan buat iklan mohon ampun dan halal dari seluruh Rakyat Malaysia. Apa macam?  

Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama
muhyiddin visit penang 160612Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri. 

 "Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini. 

 Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan pangkat Nor Mohamed kepada menteri memandangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara itu didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing. 

 Nor Mohamed sendiri juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam. Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam. 

 Parlimen diberitahu, Bank Negara mengalami kerugian kerugian berkenaan pada 1992 akibat kegiatan berkenaan. Dalam sidang Dewan Rakyat itu, Anwar berkata beliau yang merupakan menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta. Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan bahawa aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah seliaan Nor Mohamed. 

 Isu berkenaan timbul semula apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menimbulkan isu pembiayaan asing kepada NGO tempatan, didakwa bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
mahathir soros meeting circa dec 15 2006 270912 02 Mahathir turut menyerang jutawan George Soros hujung minggu lalu dengan dakwaan, pertubuhan yang diasaskan oleh dermawan itu menyalurkan dana bagi tujuan itu. Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997. 

 Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006. Mahathir turut mengutus surat sepanjang tiga halaman bertarikh 11 Januari 2006 kepada Soros untuk meraih sokongan ke atas projek Forum Keamanan Global yang diusahakannya. - MOUNTDWELLER 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular