Monday, September 24, 2012

Gempaq!! Gambar2 "Manusia Berlidah Biawak"


Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia 
KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
 

 Tun Dr Mahathir Mohamad Soros

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998. 



“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998. 



 “Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan. 


Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006. 

Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM. “Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya. 

Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan. 

Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan. George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997. 

Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. ***Sumber Berita Dari: mediaperak.com
Ini bukti pemimpin Parti mana yg jalinkan kerjasama dgn penyangak yahudi zionis George Soros..asyik depa tuduh Dato Seri Anwar Ibrahim je..tak habis2 nak buat fitnah puak2 umno ni..

Siasat Dr Mahathir Juga kerana Berkawan dgn Soros 
 Tulang Besi terpanggil untuk memberi komen berkaitan dengan isu penaja SUARAM dan kaitan dengan dana Soros. Dituduh bahawa SUARAM mendapat dana dari luar negeri yang bersumber dari George Soros. Dana tersebut digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. 

Serangan terhadap SUARAM ini juga lantaran tindakan nekad SUARAM menyaman kerajaan Malaysia di atas pembelian kapal selam SCORPENE yang penuh dengan korupsi itu. 

 Bagi Tulang Besi, kalau mahu menyiasat pengaruh Soros dalam politik Malaysia, jangan hanya dihadkan kepada PKR dan SUARAM sahaja. Pihak polis harus memanggil jug Dr Mahathir Muhammad untuk siasatan. Ini kerana Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas. 

 Malahan, Dr Mahathir perlu disiasat di atas penipuan beliau terhadap rakyat Malaysia. Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gegak gempita menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. 

Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir. 11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan di bawah: 

 "You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed. 

"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" 

Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak. "...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir. 

Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan: "They are now declared friends, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace." 

TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tertipu. Tampaknya seperti serangan kepada Soros pada 1997 itu hanya sekadar lakonan dan sandiwara Dr.Mahathir bagi tujuan menutup kelemahan sendiri. Seeloknya Dr Mahathir harus disiasat dahulu sebelum SUARAM. Itupun kalau ada keadilan di Malaysia ni lah. Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular