LUBUK BUNTAR - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."
Begitulah kata Suriati Hussein, 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera. Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.
Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki. "Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.
"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya. "Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.
Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan. SH

No comments:
Post a Comment