
Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, PAS melihat kenyataan segera Datuk Seri Zambry terhadap kedudukan kerusi Parlimen Kawasan Gopeng seolah-olah terus dimuktamad menjadi kepunyaan MCA menimbulkan tanda tanya.
“Jika kerusi MIC, Datuk Seri Zambry serius memastikan isu kerusi milik MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dinilai semula, mengapa dalam krisis kerusi milik MCA ini Datuk Seri Zambry dilihat hanya ‘berdiam diri’ sahaja? Adakah kerana kerusi Parlimen Gopeng akan ditandingi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?,” soal beliau.
Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memastikan calon-calon BN yang bertanding di Negeri Perak ini ‘bersih’ dan mampu menggalas tugas mereka kelak.
“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry tidak mampu memperjuangan kerusi Parlimen Gopeng untuk diwakili oleh Umno pada PRU 13 nanti!,” jelasnya lagi. Sumber: perakitedaily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment