Wednesday, September 26, 2012

Pencacai UMNO dan UTUSAN Meloya Kantoi lagi!! Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar


Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi. 

 BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN 
1. Dassault Mystere Falcon 900 
2. No Pendaftaran N990BB 
3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012. 
4. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
SUMBER

Utusan Kantoi :
Lidah Biawak yang membawa maksud selalu berubah-ubah atau tidak dapat dipercayai adalah satu peribahasa yang sesuai diberikan kepada Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia ini. 


 Ini kerana dalam laporan-laporan yang disiarkannya mengenai isu penggunaan jet peribadi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini ianya jelas berubah-ubah dan sukar untuk dipercayai.. 

 Dua laporan yang sememangnya mengelirukan bukan sahaja rakyat Malaysia yang membaca malah editornya sendiri akan turut keliru jika membacanya.. 24 September Utusan melaporkan.. Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. 
 Dan dihari yang sama juga iaitu 24 Sept 2012 Utusan melaporkan jet eksekutif tersebut dimiliki oleh Wells Fargo Bank Northwest di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS) manakala operasinya dikendalikan oleh Bresnan International Aviation di White Plains, New York dan kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan Yahudi. 
 Nak membelit akhirnya terbelit diri sendiri.. kesian kat yang masih percaya dengan apa yang dilaporkan Utusan ni.. - Anak Sungai Derhaka

RAKYAT MALAYSIA PATUT TAHU NAJIB RAZAK SEWA PESAWAT RM 9 JUTA BERCUTI GUNA WANG RAKYAT Percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta. Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini]   

SEKARANG BARU TAHU MENGAPA UMNO/BN NAIK ANGIN DSAI MENAIKI JET PERIBADI KE-LABUAN DAN SARAWAK!!!! 
 Puak-puak haprak UMNO/BN sekarang ini meroyan gila bila dapat tahu bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menaiki jet khas baru-baru ini. 

 Walhal bukan sekali ini DSAI diberi sanjungan dan penghormatan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan tulang belakang di Germany dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi. Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DSAI? 

Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah SWT. Orang yang sentiasa berbuat baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu. Tidak sama dengan orang yang zalim. Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan curi, rampas, samun atau paksa orang lain untuk dirinya. 

Tidak pelik jika Najib Razak dan Rosmah Mansor guna jet khas untuk ke luar negara guna duit rakyat hanya untuk bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah negara komunis. 

 Masih segar bugar dalam ingatan , TGNA Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, jmereka sanggup tuduh lakukan rasuah apabila ada yang berbesar hati menaja beliau ke Mekah. Jika TGNA pun puak-puak haprak boleh fitnah, pelik apanya DSAI diftnah sama? 

 Agak-agaknya puak-puak haprak ini pening kepala mahu memikirkan bagaimana caranya mereka boleh menyimbah cat merah kepada jet khas itu nanti. Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DSAI guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan atau ditaja Geroge Soros Yahudi. Itulah sebenarnya wajah puak haprak berjiwa bangkai yang sentiasa dengki dan iri hati. 

 Waktu DSAI naik pancuan empat roda meredah hutan dan bukit bukau dan sampan mengharungi sungai berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, sedangkan Najib dan TSMY guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu dan bising bangau bingit!!!. 

 Waktu DSAI terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadikan isu. Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DSAI menaiki motosikal? 


APABILA JIWA DAN MINDA DISELAPUTI PENUH DENGAN PERASAAN GENTAR CUAK KERANA REBAH MENANTI DIDEPAN PINTU RUMAH MAKA JALAN TERBAIK DIAMBIL IALAH MENIPU DAN MEMFITNAH!!!

Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar 
 KUALA LUMPUR — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan. 

Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu. “Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star. 

 Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan. Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd. 

 Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut. 

 Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia. 

 Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR
PEMIMPIN NAIK JET PERIBADI... BEZA ANTARA ANWAR IBRAHIM VS ZAHID HAMIDI 
 Kecoh satu malaysia apabila meletupnya cerita ada seseorang yang meminjamkan jer peribadi kepada anwar ibrahim... bermacam-macam pendapat dan kritikan yang datang.. terutama daripada pemimpin dan penyokong tegar umno/bn... 
MALAH SAMPAI ADA PENDAPAT YANG MAHUKAN ANWAR IBRHAIM DISIASAT MENGENAI ISU JET INI.... 

Baca SINI
 TETAPI KALAU SESIAPA YANG MASIH BELUM LUPA.. TAHUN LEPAS MENTERI PERTAHANAN A.K.A ZAHID HAMIDI MENUNAIKAN HAJI KE MEKAH MENGGUNAKAN JET PRIBADI....TIADA SATUPUN YANG MEMPERSOALKAN TINDAKAN TERSEBUT... - Bicara che Wan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular