Belanjawan 2013 jelas menunjukkan kerajaan gagal mengendali perbelanjaan negara pada tahap yang meyakinkan.
Dengan hutang negara melonjak naik dan berada pada tahap tertinggi dalam tempoh BN memerintah ternyata ia meletakkan Malaysia pada risiko seperti ekonomi Eropah bila perbelanjaan berhemah tidak menjadi panduan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Tanda kerajaan gagal mengurus wang dengan bijak jelas bila ia terlalu lumayan dan mewah memberi pelbagai insentif di luar kemampuan kewangan negara. Kini isyarat untuk kos hidup meningkat akan menjadi masalah yang akan sukar ditangani.
Belanjawan yang dikemukakan jelas menyentuh insentif untuk semua lapisan tetapi lupa bahawa natijah kantung negara akan kekeringan wang akan berlaku yang akan menyebabkan perkara utama untuk memelihara kehidupan yang mapan tidak akan tercapai.
Apa yang diunjurkan oleh kerajaan melalui belanjawan ini ialah seolah wang negara boleh dicetak semahunya untuk memancing hati pengundi dan bila keadaan menjadi runcing rakyat akan tanggung sendiri akibat keborosan kerajaan. Jelas belanjawan ini adalah untuk menyenangkan hati rakyat tetapi tidak mengajar rakyat untuk memahami realiti sebenar mengenai kedudukan kewangan negara.
Disebalik semua insentif yang diumumkan yang jelas, ia adalah tawaran habis-habisan seluruh khazanah negara tanpa mengambil kira bahawa ekonomi Malaysia betapa stabil sekalipun tetap akan tertakluk kepada persekitaraan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia.
Kami tidak melihat unsur kemapanan belanjawan ini kerana inflasi yang masih dapat dikawal tidak boleh bertahan bila pertumbuhan ekonomi dunia muram akibat pelbagai perkembangan dunia yang berlaku iaitu krisis peperangan dan kempen Israel-AS mengenai ancaman perang ke atas Iran, peningkatan perbelanjaan persenjataan oleh kebanyakan negara, perubahan cuaca, keruntuhan institusi perbankan di Eropah dan pertumbuhan negatif ekonomi Amerika.
Dalam iklim ekonomi seperti ini untuk memacu perbelanjaan melebihi dari kemampuan adalah risiko yang besar. Apatah lagi bila belanjawan ini meningkatkan subsidi yang tidak bijak kerana kewangan yang dibelanja untuk subsidi tidak mampu mengawal kos hidup pada keseluruhannya.
Subsidi yang melonjak 4 kali ganda kepada RM42 bilion menunjukkan belanjawan ini sesungguhnya adalah untuk memancing undi bukan untuk mencermati dengan berhemah masa depan kewangan negara. Dalam hal ini isu subsidi tidak ditangani dengan berhati-hati sehingga kesan yang sepatutnya membantu mereka yang berpendapatan rendah tidak berlaku.
Pada hakikatnya apa yang berlaku ialah kerana kos kehidupan keseluruhannya masih tinggi dalam aspek kesihatan, pendidikan dan pengangkutan. Kami amat kesal belanjawan kali ini juga tidak meningkatkan cukai arak dan rokok.
Ternyata kerajaan mengenepikan realiti betapa kos kesihatan, sosial, budaya dan alam sekitar tidak diambil kira, akibat lobi kuat industri arak dan rokok.
Jelas dari segi ini kerajaan gagal memberi perhatian serius kepada industri yang memberi kesan kerosakan yang tinggi bernilai berbilion ringgit bukan sahaja kepada generasi kini malah kepada generasi mendatang. Belanjawan ini memberi isyarat bahawa negara ini adalah syurga arak dan rokok. Penulis ialah Presiden Teras.

No comments:
Post a Comment