Wednesday, September 26, 2012

Dr. Mahathir Disepina Oleh Mahkamah, Kes Skandal PKFZ : Lu mau lari mana Mahathir???

Dr Mahathir diminta beri keterangan dalam perbicaraan PKFZ 
Bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik mendakwa Mahathir ‘terlibat sepenuhnya’ sepanjang proses konsep keseluruhan projek PKFZ.
26 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberikan arahan mahkamah untuk memberikan keterangan untuk mempertahankan bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan kes Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ), kata satu sumber hari ini. 

“Dia telah disepina bagi minggu bermula 8 Oktober,” jurucakap pasukan pembelaan memberitahu pemberita di mahkamah, merujuk kepada PM Malaysia keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama 22 tahun. Dr Mahathir, yang mula bertugas sebagai PM bermula 1981 dan berakhir pada Oktober 2003, sebelum ini dikaitkan dalam skandal PKFZ yang bertujuan menjadikan Perlabuhan Klang sebagai hub pengangkutan serantau. 

Dalam keterangannya sebelum ini pada 13 Julai lepas, Dr Ling memberitahu mahkamah bahawa Dr Mahathir telah “terlibat sepenuhnya” sepanjang proses konsep keseluruhan projek PKFZ. 

“PM telah terlibat sepenuhnya dalam semua yang saya lakukan. Beliau (Dr Mahathir) begitu baik... dia tahu saya lakukan sesuatu baik jadi saya boleh terbang di luar negara pada bila-bila masa. “Kerana apabila saya mempunyai mesyuarat dengan agensi-agensi perkapalan di luar negara, saya tidak boleh menunggu kabinet untuk meluluskan cuti saya supaya dia akan izinkan saya pergi,” katanya kemudian apabila diminta untuk menjelaskan bagaimana idea untuk PKFZ datang. 

“Dalam mana-mana kerajaan, jika PM menyokong anda, tiga suku pertempuran dimenangi... dan dia (Dr Mahathir) begitu menyokong,” kata Dr Ling. -TMI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular