Wednesday, September 26, 2012

Intipati Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat +Video


Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat. 
Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: - 

- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional. 
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah. 
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran. 
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus. 
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya. 
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Sungguhpun Umno menuduh tawaran kebajikan yang dibuat Pakatan boleh membankrap negara, ia sebenarnya melibatkan RM33.5 bilion sahaja. Sedangkan, sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 peratus perbelanjaan negara dan RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar enam peratus. 

Hal ini dibuktikan di negeri Pakatan, khususnya Selangor yang memberi pelbagai kebajikan kepada rakyat tetapi memiliki rezab simpanan tunai yang tinggi. 

Jumlah itu akan meningkat berkali-kali ganda jika dasar penjimatan diperluas ke negeri yang masih ditadbir BN dan mengawal perbelanjaan di peringkat Pusat, apabila Putrajaya ditawan Kos RM33.5 bilion itu ialah elaun guru (RM2.4 bilion), Wifi percuma (RM1.2 bilion), Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion), Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion), Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion) dan peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion). 

Secara keseluruhan, jumlah belanjawan ialah RM233 bilion, lebih kecil daripada angka juta yang dijangka dibentang BN (melepasi paras RM250 bilion) walaupun meningkat RM13 bilion Belanjawan Pakatan tahun lalu. 

Ia dibuat berdasarkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus yang diramal penganalisis dan ahli ekonomi berbanding BN yang menggunakan unjuran lima hingga enam peratus. Ia juga mensasarkan defisit 3.5 peratus yang lebih drastik berbanding 4.4 peratus pada 2012 walaupun BN dijangka menggunakan tahap defisit 4 peratus. 

Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion). 

Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion, lesen dan permit (RM13.9 bilion), pelaburan (RM36.7 bilion) dan lain-lain (RM6.2 bilion), menjadikan pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion. Sebanyak 189 bilion pendapat negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan tetapi berupaya menambah RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan. 

Ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42 bilion hutang baru, sedangkan Belanjawan Pakatan melibatkan RM233 bilion sahaja. 

Sedang BN dijangka menggunakan jumlah lebih besar walaupun ia tidak menjurus kepada kebajikan rakyat secara berstruktur. 

BN dijangka memanipulasi belanjawan kali ini bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan melambakkan taburan wang ringgit yang mengikut Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular