Friday, September 28, 2012

Bagaimana Pakar Paip Perolehi Tender LRT?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).
 

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel. 

“Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion. Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip,” kata Hee kepada Keadilan Daily. 

 Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut. “Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam. “Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?” soalnya. “Orang ramai tertanya-tanya apakah ada rahsia yang cuba disembunyikan? 

Sampai hari ini, tidak ada penjelasan terperinci melainkan jawapan Menteri yang bersifat umum. “Jawapan Menteri Kewangan semalam tidak adil kepada pembida dan tidak adil kepada rakyat. Kita hairan bagaimana dokumen melibatkan projek ini diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya. 

“Apakah tindakan menawar tender secara terbuka, kemudian memilih kroni untuk projek ini hanya ‘wayang kerajaan?” soal Hee lagi. 

 KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent.  

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang dipengerusikan Najib. Menurut Rafizi, syarikat itu sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut. -KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular