Gabenor Bank Negara YM Tan Sri Zeti berkata, harga barangan makanan dan bahan bakar meningkat menyebabkan inflasi, pihak kerajaan dan Bank Negara akan cuba tambahkan serta salurkan pengeluaran makanan berkenaan.
Kata-kata YM Tan Sri Zeti memang tidak silap, Negara kita tidak mampu mengatasi makanan untuk diri sendiri, apabila harga barang makanan dunia meningkat, harga barangan di pasaran terpaksa dinaikan juga. Walaupun pihak kerajaan masih beri subsidi kepada minyak bahan bakar, tetapi peningkatan modal pengangkutan tetap meningkat, ia tidak dapat dikekang daripada disebabkan kenaikan harga minyak.
Sebab itu kenaikan inflasi pada bulan Jun sebanyak 3.5 peratus, selain daripada tenaga elektrik terpaksa dihimpit dengan kenaikan, selebihnya adalah kenaikan harga barangan makanan yang tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dikawal.
Kekurangan bahan makanan di Negara kita, menyebabkan kemasukan import barang pemakanan tahun lepas meningkat kepada 13 peratus dengan nilai 30.2 billion ringgit, difisit hutang bahan makanan semakin meningkat kepada 12.1 billion ringgit, dengan nisbah meningkat 9 peratus berbanding tahun 2009. Wang panas di pasaran antarabangsa pula berleluasa, harga pelabagai barangan turut meningkat di pasaran antarabangsa, termasuk industri pembuat di Negara kita yang perlukan bahan-bahan mentah dari luar.
7 barangan keperluan harian yang naik harga, seperti bahan bakar, beras, minyak, garam, kicap, cuka, tea termasuk keperluan asas dalam kehidupan serharian makan minum tempat tinggal dan pakaian, semuanya naik harga.
Bagi mengurangkan beban rakyat, pihak kerajaan laksanakan pelbagai rancangan, termasuk mewujudkan kedai harga barangan yang kadarnya 50 peratus lebih murah daripada kedai-kedai tradisi biasa iaitu “kedai 1 Malaysia”: seterusnya kementerian perdagangan lancarkan “Restoran 1 Malaysia”, sarapan pagi 2.00 ringgit makan tengahari 4.00 ringgit, lancarkan “projek perumahan 1 Malaysia” dan ”penjimatan kegunaan bahan elektrik seisi rumah mendapat rebat”.
Tetapi yang mendapat manfaat dalam program itu tidak menyeluruh, dan perlaksanaannya tidak begitu pantas dan cepat, sudah tentu kesannya juga agak terhad, contohnya ‘Kedai 1 Malaysia” hanya tertumpu di kawasan Lembah Kelang, projek perumahan 1 Malaysia” hanya akan dilaksanakan pada tahun depan ataupun tahun berikutnya, ataupun ditangguhkan sehingga tahun 2015 mahupun sehingga tahun 2016 baru dilaksanakan.
Jika mahu atasi inflasi, pihak kerajaan perlu percepatkan lagi dalam langkah-langkah mengerakkan program-program tersebut, kenal pasti masalah utama dan punca sebenar isu, contohnya dalam projek pembinaan perumahan, hindarkan dari dimanipulasi dan elakkan cukai atas keuntungan, pasti ia lebih berkesan daripada projek-projek perumahan usaha sama antara kerajaan dengan syarikat pemaju yang mahu membina rumah kos rendah dan sederhana rendah itu.
Dari segi penambahan bahan makanan pula, jangan lagi terhenti di takuk yang hanya pandai bercakap tetapi tidak buat. Pada 20 haribulan April 2008 perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi membuat pengumuman mengeluarkan peruntukkan 4 billion ringgit untuk program perlaksanaan tanaman padi di Sarawak; selepas berlaku ancaman makanan di seluruh dunia tahun 2008, pihak kerajaan juga melancarkan program polisi keselamatan makanan bekerjasama dengan Negara-negara asing, ambil beberapa Negara sebagai tempat pengeluaran bahan makanan asas untuk Malaysia, berdasarkan berjimat cermat; beberapa bulan lepas pula menteri pertanian memberitahu pihak kementerian itu akan mengeluarkan peruntukan sebanyak 5 billion ringgit untuk majukan tanah sawah terbiar seluas 15 ribu ekar di Negara ini.
Mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti politik mereka, projek penambahan makanan pertanian hanya dapat dibincangkan di atas kertas, sehingga ke hari ini masih belum nampak ada sebarang peningkatan dari segi penerokaan dan baik pulih tanah-tanah itu.
Kita perlu jejaki dan pelajari cara-cara dari negeri China, apabila harga makanan meningkat, kerajaan China arahkan pegawai-pegawai di daerah-daerah tambahkan pengeluaran sayur-sayuran kawasan pertanian; statistik bulan November tahun lepas di Korea, pihak kerajaan Korea membuat pemeriksaaan dan pemantauan terhadap 94 jenis barangan keperluan makanan harian setiap minggu.
Dijangka ekonomi dunia akan jatuh menjunam, jika dalam waktu terdekat ini kita tidak bersungguh-sungguh menghalang inflasi, tahun depan dijangka akan lebih buruk lagi; harga barangan meningkat akan mengundang kemarahan rakyat, pihak kerajaan tidak boleh tidak untuk mengatasinya.
Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 28
Tarikh: 27 Julai 2011 (Rabu)
Tajuk: Inflasi - Kemarahan Rakyat
Ditulis oleh: Penulis Lim Swee Guan (Timbalan Editorial)
www.kritis-online.com
No comments:
Post a Comment