Thursday, July 28, 2011

Najib bukan lagi hak Rakyat..


zaki yamani zainon arrested in kl sentral bersih memo to najib 1

“Kepada PM, nama saya Fareez. Dan saya bukan pengganas”

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, mengecam tindakan kempen di internet yang mengaitkan beliau dengan aktiviti keganasan.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, yang juga ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menyifatkan tuduhan bahawa beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai melampau.


Beliau semalam ditahan polis bersama enam anggota AMK di KL Sentral, ketika mereka cuba mendekati Najib untuk menyerahkan memorandum tuntutan pembersihan pilihan raya, di majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang.
Katanya, ekoran daripada penahanannya itu, beliau kini dikecam dan diserang melalui laman twitter dan blog pro Umno kononnya cuba mensabotaj program Perdana Menteri.

“Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain semalam, sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan sabotaj terhadap program edaran Jalur Gemilang semalam.

“Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu memcederakan dan membunuh Perdana Menteri semalam hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM),” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan sebagai rakyat Malaysia, bukan satu kesalahan untuknya berjumpa dan menegur Perdana Menteri kerana beliau adalah milik rakyat.

Dear PM, my name is Fareez. And I’m not a terrorist,” katanya merujuk skrip filem hindi terkenal yang pernah ‘dipopularkan’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya hanya seorang rakyat. Perdana Menteri adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur Perdana Menteri kerana Perdana Menteri itu  milik rakyat. Demi Rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi Rakyat, saya mahu Perdana Menteri letak jawatan,” kata beliau. KD



Popout


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular