PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut ‘orang dibelakang’ penulis itu.
Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.
Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizuddin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais atas dakwaan memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.
“Rais takut. Lihat siapa dibelakang mereka. Kalau dia betul serius, dia akan saman semua pihak,” kata Nik Nazmi.
“Mungkin kerana Amizuddin ahli KEADILAN dan mereka (Rocky Bru) bukan, maka tindakan tak diambil. Kita tak boleh halang seseorang hanya kerana dia ahli KEADILAN. Perkara pokok adalah kejujuran. Jelas tindakan Rais ini berkepentingan politik,” ujar Nik Nazmi.
Dalam pada itu, Nik mendakwa penubuhan Majlis Media sebagai ‘dua langkah mundur kebelakang kerana pembabitan menteri seperti Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Sepatutnya tiada pembabitan eksekutif dalam Majlis ini. Kalau majlis media itu dipengerusikan bersama oleh
Menteri Informasi dan Menteri Dalam Negeri, ia bererti dua langkah mundur ke belakang, daripada satu langkah ke depan,” kata Nik.
Dalam konteks media Malaysia yang masih dikekang Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran dengan permohonan media berlesen sebagai suatu halangan,
Majlis itu dilihat tidak berperanan mengangkat martabat kebebasan media kerana kekangan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran.
“Kalau masih tak bersedia untuk majlis media, sepatutnya hanya ditubuhkan satu jawatankuasa media untuk menggariskan syor untuk membebaskan media dari cengkaman kerajaan, dalam masa yang sama bertanggungjawab dalam laporan. Media yang harus tentukan,” kata Nik Nazmi. KD
No comments:
Post a Comment