"Wang Berbillion Itu Hak Rakyat"
MB Selangor Tempelak Kenyataan Najib
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.
Sebaliknya, Khalid berkata Najib harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.
“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.
“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.
Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.
Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.
"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat," Najib dipetik sebagai berkata.
Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.
“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak,” katanya.
Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).
Terbaru, program ‘Jom Shopping’ yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.
Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.
Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.
“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.
“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.
“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.
Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). -tvsnews
Popout
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
07/24 - 07/31
(96)
- Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal
- depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali tiga....
- UMNO Retorik, kufur nikmat, ibarat PELESIT kehilan...
- Goyang YB Goyang..Eeeewaaaahhhhh!!!!
- Isu Shuhardi, Polis Menipu Lagi..
- Najib kena "Ugut" patut lah bagi jawatan PENUH kah...
- SPR PELACUR pada UMNO???
- Video MahaRaja Lawak Versi Ibrahim Ali..
- Pemutihan PATI atau "PENGUNDI PATI"????
- Terbukti MCA Lebih Cauvinis Dari DAP
- PAS boneka Cina-DAP atau Umno buta Matematik??
- SAMM Tolak Penafian Rosmah
- Bongkar!!!! : Konspirasi umno terhadap pelajar mes...
- Bukti DAP "Khianati MELAYU"
- NAJIB MESTI BERANI HADAPI RAKYAT - DATUK A. SAMAD ...
- Bersih 2.0: Peguam PKR pula tayang video nafi dakw...
- Ahli UMNO rupanya, patutlah POLIS cari tak Jumpa
- MCA Belasah DAP krn bela Melayu (video inside) - A...
- Bukankah UMNO lebih bahaya dr WAHABI??
- Semua enam tahanan EO dibebaskan
- Tahniah kepada kerajaan "ISLAM" yang sudah lebih 5...
- Datuk Azhar Terlupa Siapa Pengkhianat???
- Yalah ... kan Rosmah beli hasil dari Menabung????
- ya ya lanjut... masih ramai lagi Bakal Pengundi Ha...
- mangsa membakar katilnya punca kebakaran HKL
- Najib PM terakhir UMNO?
- HKL Terbakar, Seorang Pesakit Rentung
- Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit
- Kemarahan Rakyat
- ANUGERAH OMAR DIN MANA?
- VIDEO GOL MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011
- Dulu FLOM..kini DSR
- “Video polis menipu, itu bukan arwah Baharudin”
- Kesian Tok Him duk melalut, masuk bakut angkat sen...
- Suami Najib mahu peruntukan lebih untuk Permata
- SPR bohong - Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
- Najib bukan lagi hak Rakyat..
- rupanya di Melaka Islam dihinjak-hinjak.
- Fadilat Solat Tarawikh adalah Palsu - Mufti Tereng...
- Wahai Ahmad Maslan Udah2 lah jual "Ubat"
- Ya ampun, lawak ini menjadi seram
- KEISTIMEWAAN BEKAM ( AL - HIJAMAH ) DARI SUDUT SAINS
- PAS ORTODOK atau Muhyiddin "OTAK TAK DOK"
- bukan soal dakwat kekal atau biometrik
- Buka Kamus Kalau Tak Faham "Demonstrasi" - Saifudd...
- budak-budak PLKN jadi mangsa Najib
- Bersuara selepas BERSARA
- VIDEO PELAJAR MALAYSIA MATI DI PATTAYA
- "Najib kena Demam Kuning"
- Lu yg layan gua macam musuh Beb!!!
- Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Di...
- Ulama Muda keluar Umno?
- Ridhuan Tee... jenis ini talam berapa muka pula?
- Shamsul Amri: Sudah 54 tahun merdeka, kita masih d...
- Lebih 17,000 nama pemilih boleh mengundi di dua te...
- Panas!!! SPR MENANG DEBAT DENGAN AMBIGA. ???
- Wahabi : Shahidan ajak menteri dan PDRM berdebat???
- UMNO Reform Sindir Media Pro UMNO
- "Bini Rosmah" diSERANG
- Jom Saksikan Koleksi VIDEO DEBAT APA SELEPAS 9 JULAI
- sikap sebenar Najib terhadap Islam
- Berita Baik, Subsidi beras hapus = beras naik harga
- Kenapa Tiada Tindakan pada Rocky Bru
- Semua manusia dalam Malaysia ini merbahaya kepada ...
- Awang Selamat lebih sudu dari kuah - Blogger UMNO
- Video Panas !!! T Shirt Patriot, Lelong lelong !!!...
- Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis
- Isu Wahabi : propaganda menjelang pilihan raya
- Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..
- manisnya mulut Najib
- Sah UMNO Benci Ulamak : Ulamak Muda UMNO jugak di ...
- Wahai MCA!!! Peristiwa 13 Mei zaman PR memerintah ...
- Kambing pun tahu, yang pakai vest polis tu adalah ...
- Kandungan Memorendum Yang Sepatutnya Diserahkan Pa...
- Sape Abd Najid Razak.???
- 1hari 1 fitnah... tahniah blogger UMNO
- Hukum menunda qadha Ramadhan hingga masuk Ramadhan...
- Tukar Facebook Chat Kepada Versi Lama
- Dr Asri Wahabi dan Pengganas???
- Tindakan Hipokrit untuk mengembalikan kepercayaan ...
- GERAKKAN & MCA terang-terang telah menyalahkan UMNO
- Bukti Biometrik bolih dimanipulasi + Video
- Akhirnya SPR akui ada "Pengundi Hantu"
- Fenomena Ganjil: Air Terjun Bergerak Ke Udara (+Vi...
- Pilihanraya - semakin dekat?
- Dunia Hiburan : Siapa dia untuk memainkan agama Al...
- adakah ekonomi negara semakin malap di bawah kepim...
- Tutup.. bukak.. tutup.. bukak..!
- Panas !!! Tarif elektrik naik lagi bermula 1 Sept
- Nazri Sahkan SPRM bersalah????
- POLIS betul.. Mat Sabu memang tidak dilanggar oleh...
- UMNO Kedah 'GORENG' Najib
- Sape yg akan dpt HABUAN "Timbal Balik"???
- itu bukan bantuan namanya, itu nak membunuh.
- "Wang Berbillion Itu Hak Rakyat"
- 'ini pemimpin auta', cakap tak serupa bikin!
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment