Monday, July 25, 2011

Nazri Sahkan SPRM bersalah????

Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidak mati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.

Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.- -themalaysianinsider


SPRM Tidak Serius Tangani Pesalah, Kata DAP

Menurut Kit Siang, tindakan melucutkan dua daripada tiga pegawai terbabit daripada operasi siasatan sahaja tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh mereka

Kit Siang berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Beng Hock di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu. 

SPRM semalam mengumumkan bahawa Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim digantung kerja manakala Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar Ismail masih bertugas tetapi tidak akan menyoal siasat saksi.

" Sebenarnya kalau kita baca laporan RCI, mereka dinamakan sebagai '"cakap bohong". Laporan Suruhanjaya juga menyebut (nama-nama lain), bukan tiga orang ini sahaja," kata Kit Siang.

Jadi kenapa bukan semua digantung? Bukan sahaja daripada tugas penyiasatan, tetapi daripada jawatan dan mengapa mereka tidak didakwa dalam mahkamah oleh kerana kesalahan-kesalahan yang bukan ringan tetapi sangat serius sehingga menyebabkan kematian," tegas Kit Siang kepada Tv Selangor.

Sebuah Suruhanjaya Diraja sebelum ini merumuskan Beng Hock membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.

Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.

Kit Siang berpendapat, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.

" Sangat tidak mencukupi (lucut tugas operasi siasatan). Kalau SPRM menerima keputusan Suruhanjaya Diraja, sangat jelas bahawa tiga individu yang dinamakan ini melakukan pelbagai perbuatan jenayah dan juga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock,"kata beliau.

" Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana memberikan keterangan yang palsu yang mengikut penal code boleh dikenakan penjara tujuh tahun
,"tambahnya lagi. 

Keluarga Beng Hock menyifatkan laporan RCI itu sebagai berjaya membongkar kezaliman prosedur siasatan SPRM namun menolak rumusan mendiang membunuh diri.

Peguam mereka, Karpal Singh berkata pihaknya akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Diraja itu dalam masa terdekat. 

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pihaknya tidak akan membentuk suruhanjaya baru atau badan lain bersabit kes Beng Hock.

Menurut beliau, pendedahan laporan Suruhanjaya Diraja itu kepada umum sudah memadai dan menutup kes kematian Beng Hock. 

“Tidak akan ditubuhkan satu lagi suruhanjaya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang tidak puas hati. Itu memang tidak boleh dan tidak akan dilakukan,” kata beliau dalam temu bual disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Nazri berkata, melainkan ada ruang dibenarkan mengikut undang-undang, terpulang kepada keluarga Beng Hock untuk mengambil tindakan susulan bersabit laporan RCI itu. 

"Teruskanlah,"kata beliau lagi. -tvsnews


Popout
FAKTA : Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan Teoh tertekan lantas perlu menyelamatkan diri, bukan membunuh diri.

Tidak ada sebab Teoh Beng Hock mahu terjun dari tingkap melainkan hendak menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, Mahfuz mempersoalkan adakah Teoh mati membunuh diri atau mahu menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya.

"Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, adalah lumrah seseorang yang diganasi oleh mereka yang mempunyai sifat seperti syaitan akan berusaha menyelamatkan dirinya," katanya. -harakahdaily
Hal yang sama juga patut dilihat di dalam kes kematian Ahmad Sarbani. Kerana sudah ada beberapa bukti bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak menyatakan hal sebenar dan siapa yang musnahkan rakaman cctv sewaktu soal-siasat Sarbani dijalankan perlu dikenakan tindakan.

Dan seperkara yang perlu diberi perhatian ialah berapa perbelanjaan yang dikeluarkan membayar ahli-ahli patologi (termasuk dari Amerika) dan peguam SPRM oleh kerajaan. Hal ini perlu didedahkan kerana ia membabitkan wang rakyat. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu mendesak kerajaan menjawabnya di Parlimen. - GB



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular