malaysiakini - melaporkan, YAB PM kita memaklumkan bahawa"Mereka (Pakatan) beri RM100 riuh sekampung. Kita sudah beri berbilion ringgit pada rakyat. Cuma pihak sebelah sana pukul gendang lebih kuat saja," katanya.
Melihat kenyataan ini maka tertanya kita mengenai peranan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian serta lain-lain media cetak termasuk media elektronik – TV dan sebagainya.
Adakah gendang mereka tidak didengari atau kerana media – media ini sudah usang dalam menyampaikan berita. Ada yang kata – kerana terlampau senget ke kanan – bila membicarakan kebenaran maka ia dilabel sebagai propaganda.
Editor – editor tersebut harus belajar untuk berdiri di alam nyata – bukan berdiri sahaja tetapi kena membawa jiwa mereka sendiri untuk melihat dan menyaksikan – cara komunikasi terbaik untuk difahami oleh rakyat.
Jadilah rakyat bila menceritakan isu rakyat – jangan lebih sudu dari kuah seperti Awang Selamt dalam Utusan Malaysia.
Mungkin akhirnya orang akan mual membaca dan bila mana kebenaran mahu dijelaskan – ada yang menyimpulkan sebagai retorik dan propaganda.
Akhirnya YAB Najib Tun Abdul Razak terpaksa mengakui – kekecilan media alternative pembangkang paluannya lebih kuat dari gergasi media kerajaan. - umno-reform2
No comments:
Post a Comment