MIC BERI "AMARAN" KEPADA NAJIB..KALAU TIDAK PRU KANTOII..??
Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan boleh memilih bagi tidak mengendahkan MIC dengan membiarkan BN menanggung risikonya.Ini kerana, kata Palanivel semasa ucapannya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), permintaan untuk bantuan bagi masyarakat India akan memberi kesan kepada sokongan 850,000 undi masyarakat India.
"BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini.
"Jika tuan (PM Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh ahli MIC.
NAJIB GELABAHHH..MIC TEPUK TANGAN..??
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MIC, parti komponen BN itu, akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh — amalan yang dipraktikkan ketika pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.Dengan keputusan itu kata Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen pentadbirannya ke atas masyarakat India.
Perkembangan itu dilihat satu lagi strategi Najib memikat sokongan masyarakat India menjelang pilihan raya umum ke-13 selepas merosot teruk tiga tahun lalu.
Permintaan agar BN memperuntukkan jawatan menteri penuh kedua telah dibuat sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya hendak kembali ke era Tun Razak apabila ada (wakil) India Malaysia dalam Kabinetnya,” kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC di sini petang ini.
Najib berkata Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan atas keputusannya dan Palanivel, kini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Perusahaan dan Komoditi, akan mengangkat sumpah dalam waktu terdekat.
Palanivel dilantik sebagai senator pertengahan tahun lalu. Beliau tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008 dan gagal menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010.
Sebagai kompromi beliau dilantik menjadi anggota Dewan Negara dan dijadikan timbalan menteri.
Beliau menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu sebagai Presiden MIC pertengahan Disember lalu.
Ini perhimpunan agung pertama baginya selaku ketua MIC.
JuRaGan : Lepas ni apa pulak yang MIC nak ugut dengan Pak Najib...kah3..bagi jangan tak bagii..Malayu Umno pakat Nganga sampai ke mampuss...dekat PRU mintak la kerusi dewan,lampu jalan,nama jalan masuk kampung,jersi bola dan bola sepak..itulah permintaan "Bangang" Melayu Umno dari zaman Tun Razak sampai Najib Razak..."Rakyat Bangang,Umno Menang"
No comments:
Post a Comment