KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bukan ’kambing hitam’ dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“BN adalah parti jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padang ke sekitar Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar Pas semalam yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.
Beliau berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.
“Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredaan Allah.
“Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti Pas,” katanya.
Mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai timbalan presiden parti itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak menganggap ia sebagai perkara luar biasa kerana proses peralihan pimpinan dalam parti politik berlaku sepanjang masa.
“Bagi saya yang penting ialah UMNO dan BN... bagaimana persiapan, langkah, usaha, pendekatan yang kita ambil. Saya tidak kisah apa yang mereka (Pas) nak buat di sana, saya lebih kisah apa anggota parti dan kerajaan kita lakukan,” katanya. - Bernama
jelas!! telus!! akan siasat!! Penyebar video terlepas, Blogger dan Media bebas menyiarkan klip Video berkenaan!!!! Pihak tertentu, mana? Mana pihak tertentu?
No comments:
Post a Comment