Monday, June 13, 2011

Tak mampu perjuangkan Islam

SHAH ALAM – Pas sebenarnya tidak mampu memperjuangkan dasar Islam, hinggakan parti itu terpaksa menukarkan landasan perjuangannya kepada negara berkebajikan. 


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, sikap mereka yang terlalu banyak bertolak ansur dengan DAP dalam menegakkan Islam memperlihatkan parti itu tidak berpendirian. 

“Banyak perkara yang melibatkan Islam, Pas gagal menyatakan pendiriannya termasuk isu arak di Selangor. Saya percaya, inilah titik permulaan mereka menukar dasar yang diperjuangkan. 

“Hanya atas nama politik, permuafakatan Pas seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dan sanggup mengikut acuan yang selari dengan kepentingan sekutu, PKR dan DAP,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Beliau mengulas berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO kini semakin lesu apabila perjuangan mereka yang kerap memburukkan dasar perjuangan Pas menemui kegagalan. 

Ahli Parlimen Bera itu berkata, sikap Pas yang meminggirkan golongan ulama dalam pentadbiran mereka juga menampakkan Pas sudah tergelincir dari haluannya. 


“Tengok muktamar lalu, berapa ramai golongan ulama dipinggirkan. Mereka sanggup mengorbankan perjuangan parti yang berlandaskan Islam hanya untuk survival politik,” katanya. - SH




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular