
KUCING berbulu hitam pada keseluruhan tubuh badannya dikatakan boleh membawa malapetaka jika tersilap hari bulan.
Sama ada cerita ini benar atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kerana sejak saya lahir pada 1954 sehingga kini, belum pernah berlaku kejadian tersebut di Sandakan, entahlah kalau tempat lain.
Berkisar mengenai cerita Balan-Balan, ia berasal dari manusia biasa yang bertukar menjadi siluman. Terdapat dua jenis balan-balan iaitu kalau berjalan di waktu malam untuk mencari mangsanya dengan badan-badannya sekali, berbeza dengan yang satu lagi yang dinamakan sebagai Penanggalan.
Balan-Balan atau Penanggalan bukan spesis hantu atau jin; tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam sehingga turun temurun.
Balan-Balan dan Penanggalan pernah ditemui di Kampung Pampang, yang dihuni oleh kaum Kagayan di Batu 10, Jalan Sungai Batang sehingga kampung berkenaan dinamakan Kampung Bal-balan sebelum kerana menjadi sarang dan lubuk persembunyian makhluk tersebut.
Bagaimanapun setelah Kampung Pampang dihuni oleh pelbagai kaum termasuk Suluk, Bajau, Jawamapun, Tidung dan sebagainya, kisah Balan-Balan tersebut mula lenyap, namun bagi penduduk asal kampung berkenaan, banyak misteri yang bermain di fikiran mereka, terutama ketakutan yang bersarang di hati pada waktu malam kerana bimbang diserang Balan-Balan.
No comments:
Post a Comment