Monday, June 13, 2011

Peserta Bersih boleh ditahan

SHAH ALAM – Rakyat yang ingkar kepada larangan pihak berkuasa daripada menyertai himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) boleh ditahan di bawah Ordinan Pemeliharaan Ketenteraman Awam (PPSO) bagi memastikan keselamatan awam tidak tergugat.
Petikan dr screen shot diatas : "Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.



Pengamal undang-undang, Kamarudin Ahmad berkata, pihak yang mengganggu ketenteraman awam boleh ditahan pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan mengelak perkara tidak diingini berlaku. 

Katanya, kebiasaan perhimpunan sebegitu gagal mendapat kebenaran pihak berkuasa. 

“Polis boleh bertindak menahan mereka ketika mula berkumpul kerana ia adalah salah satu usaha mengawal keselamatan awam,” katanya kepada Sinar Harian. 

Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak begitu sesuai digunakan dalam kes ini kerana ia tidak menggugat keselamatan negara, sebaliknya hanya melibatkan keselamatan awam. 

Beliau menegaskan, perhimpunan berbaur politik begini tidak wajar diteruskan kerana akan menghuru-harakan negara ini. 

“Ia juga menimbulkan rasa benci kepada kerajaan sekiranya peserta demonstrasi ini berhadapan dengan hukuman seperti ditahan pihak berkuasa, di sembur air, gas pemedih mata dan sebagainya. 

“Mereka pula yang dilabel sebagai ‘hero’ sedangkan mereka pencetus kepada suasana kacau bilau itu,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, pihak polis berhak tidak memberikan permit kepada perhimpunan itu kerana ia tertakluk di bawah budi bicara badan itu. 

“Dalam perhimpunan yang mendatangkan mudarat ini, polis boleh guna Akta Polis yang membenarkan mereka tidak mengeluarkan permit, menahan, menangkap individu yang menyertai perhimpunan itu. 

“Persoalan sekarang, sejauh mana bersihnya perhimpunan Bersih ini? Apakah niat di sebaliknya? Undang-undang telah memadai untuk kita labelkan ia sebagai ‘bersih’ atau tidak,” katanya. 

Sham Rahayu berkata, himpunan itu hanya mencetuskan suasana tidak stabil itu dan mengundang ketegangan dalam kalangan masyarakat. 

“Kita mengambil kira keselamatan awam, sekiranya keadaan terdesak, boleh gunakan ISA sebagai langkah terakhir,” katanya. 

Setakat hari, lebih 30 NGO membuat laporan polis bagi membantah himpunan tersebut diadakan. - SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular