Saturday, May 11, 2013

DAP akan ambil alih pusat MCA dan Gerakan ..

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

"Jika mereka fikir mereka boleh menakut-nakutkan rakyat dengan menutup pusat perkhidmatan mereka, inilah masanya bagi DAP mengambil alih dari MCA dan Gerakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang politik.

"Jika mereka mahu tutup, biarkan mereka tutup. Marilah kita ganti parti BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika mereka mengatakan mereka tidak mahu berkhidmat, jangan berkhidmat lah. Kami akan berkhidmat," katanya dalam ucapan perasmian beliau di perhimpunan wakil rakyat DAP hari ini.

Beliau juga mengulangi kritikan terhadap MCA dan Gerakan - di mana beberapa pemimpin bahagian telah mengancam untuk menutup pusat perkhidmatan mereka selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 - sebagai kebudak-budakan.. mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular