Sunday, November 18, 2012

Kubu Umno Pecah Lagi.. 213 masuk PKR

Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.Buktinya, seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom.
Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, “Kami sudah mengambil keputusan muktamad.

Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami.”Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.

Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.
Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak “serba serbi kekurangan”. Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.

Laporam Halik Zaman,
Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/11/18/kubu-umno-pecah-lagi-213-masuk-pkr/

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular