Wednesday, November 21, 2012

Sekejap halal sekejap haram... Pusing kot mana pun benda nih... Kepala melayu jugak yg pening..

Doa Hancur Sesama Islam Haram: Mufti.
Ipoh: Mendoakan dan mengaminkan kehancuran saudara sesama Islam adalah perbuatan bidaah yang hukumnya haram. Justeru, menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya perlu bertaubat.

Beliau menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.

Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir jadi dia kafir. Justeru, orang itu kena bertaubat.

Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas kukuh adalah fitnah.

Selagi kita mengucap syahadah, kita menyampaikan pendapat dan mempertahankan Islam bagaimana kita boleh menjatuhkan hukuman murtad (kepada orang lain).

Saya takut orang yang menghukum orang lain murtad akan berbalik kepada diri sendiri, katanya selepas perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, di sini semalam.

Perasmian disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Harussani berkata, perbuatan itu juga dibimbangi menyebabkan penyelewengan di kalangan umat Islam kerana ia dilakukan seorang pemimpin berpengaruh.

Dalam hadis membincangkan mengenai penyelewengan orang alim kerana dia ada pengaruh dan mempunyai pengikut.

Kalau itu (perbuatan mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong.

Apatah lagi perbuatan mendoakan kehancuran orang Islam adalah salah dan bertentangan dengan syariat Islam.

Setiap Islam bersaudara dan wajib dilindungi serta dinasihati jika melakukan perbuatan tidak betul, katanya.
Beliau juga kesal PAS menjadikan perbezaan pendapat politik sebagai suatu kebencian sehingga bertindak melampau dan menuduh pihak lain. -berita haiwan

================================Gerai3Abdul=============================

KAH KAH KAH...
Ini berita yg paling tidak di gemari org melayu... Satu kata halal satu kata haram... Sekejap halal sekejap haram... Pusing kot mana pun benda nih... Kepala melayu jugak yg pening.. Oppsss... kepala melayu yg pening, kepala org islam tak luak.. KAH KAH KAH.... Ini hidangan panas di Gerai3Abdul...

Aku sebenarnya malas gak nak bukak isu nih.. Pasal ini isu bangang dlm masyarakat melayu nih... aku baru bgn tido... tgh toing lagi nih, perut pun berkeriut dari tadi lapar belum sarapan... Jadi mintak tolong kat member2 tolong support sikit kekurangan rencah masakan asam kandis aku kali nih...

Ok.. kita try bukak sikit...

Kata harussani mendoakan dan mengaminkan kehancuran sesama islam adalah bidaah & haram.. Maksud bidaah kat sini ialah.. 'perkara baru yg tak berlaku di zaman Rasul saw'... Betul Rasul saw tak pernah doa kat org islam.. tapi Rasul saw doa kat musyrikin & munafiqin... keduanya ini mengaku ALLAH swt tuhan yg menjadikan langit & bumi... yg lagi best, munafiqin pulak siap boleh lafaz 2 kalimah syahadah... (brader Mat Toron cover sikit hadithnya)..

Yang kedua kata harussani, hal menuduh umno murtad dan kafir.. setiap org islam yg mengucap syahadah, dia terikat dgn satu perkara..

Perkara itu ialah org islam itu tidak boleh menolak apa saja perintah ALLAH swt.. jika dia menolak, maka perbuatan itu di namakan kufur..

Org itu pula ALLAH swt panggil dlm Quran dgn panggilan kafir.. 'menolak' bermaksud dia taknak ikut sebab dia rasa ALLAH swt tak betul...

Kah Kah Kah... puak2 ngok nih cuma tau nya bila kentut batal wuduk.. dia tak tau perkara yg membatalkan syahadah... org yg batal syahadah ini juga di panggil murtad...(brader Hby cover sikit surahnya)...

Ada satu hal lagi benda dlm berita tu.. dia bercakap dlm majlis yg di rasmikan raja perak... halnya kat sini aku nak sebut ialah, si mufti mangkuk tandas nih sibuk haram semua benda... takkan si bangang nih tak tau yg sistem raja negeri dia tu haram... monarki itu haram dlm islam... harta boleh diwariskan pd anak.. tetapi kuasa haram di wariskan pd anak...

Tak caya ckp aku? gi carik kitab kecik Sheikh Yusuf Qardawi tajuk "Fiqh Daulah Islamiyyah"... harga kitab tu rm20 je.. kat wisma yakin kl ada jual.. elok ajk surau mesjid carik kitab nih buat pengajian bulanan... jgn asik nak mengaji bab mandi junub je dari kecik sampai ke tua nak mampus... kah kah kah... bila harussani nih nak tegur benda monarki nih... itu kerja mufti tu... kah kah kah...

Yang lain2 tu aku takyah goreng la...
Gambar hiasan hidangan tu pun dah pulangkan balik..
Paku buah keras dia pada diri sendiri dlm hal org alim yg menyeleweng tu... kah kah kah...
Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular