Wednesday, August 29, 2012

Pelik Tapi Benar .. Hanya di Kerajaan 1 Malaysia


Dah Bankrap Letak Jawatan Laaa!!! 
KHAS buat MP UMNO Labuan yang kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu
BN buat undang2 untuk org lain! 
Kalau kena BN sendiri undang2 tak perlu ikut! double standard!!! 

Macamana mahkamah boleh buat keputusan begitu? apa hujahnya? kutuk mahkamah, marah. tp keputusan mcm ni bg la sebab yg jelas. 

Undang2 lord reid hanya bela kemungkaran umno shj!!! 
Merujuk kepada Perkara 48 Perlembagaan Malaysia: 
Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. 
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negeri di luar Persekutuan. - Era Pasca

Pelik !!!! Ahli Parlimen Umno Kekal Walaupun Bankrap...ooops lupa UMNO kebal undang2 eh..!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular