Tuesday, August 28, 2012

Himpunan Janji Bersih : Kebenaran Bersyarat?? +Video

Himpunan Janji Demokrasi anjuran Gabungan Janji di Dataran Merdeka pada Khamis ini telah mendapat kelulusan polis tetapi dengan syarat pihak penganjur perlu menjamin keselamatan orang ramai dan mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Salah seorang ahli jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, pihak polis telah memanggil beliau bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan itu yang dirancang untuk diadakan pada malam Khamis ini. 

Maria yang juga Pengarah Eksekutif Empower Selangor berkata, penjelasan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang tadi.
 
Maria Chin AbdullahPun begitu penganjur perlu mendapatkan kebenaran DBKL terlebih dahulu. "Kita membincang dan memberi keterangan kepada pihak polis apa yang akan dilakukan nanti. Pihak polis tiada halangan, namun kami perlu bagi jaminan keselamatan supaya tiada sebarang perkara buruk yang boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya kepada media di sini petang tadi. 

Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan berkata akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0. Ia kini dikenali sebagai Himpunan Janji Demokrasi. 

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai yang memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil. "Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau. 

Justeru, Maria berkata, "himpunan ini turut disertai oleh komuniti yang ingin bersama perjuangkan janji Bersih ini." "Komuniti itu akan berkumpul di Jalan Petaling dan Jalan Sultan Ismail tanpa membawa sebarang sepanduk atau alat demonstrasi dan kami hanya memakai baju berwarna kuning," katanya lagi. 

Maria berharap himpunan ini tidak akan mencetuskan sebarang provokasi kerana ia akan diadakan secara aman. Dalam pada itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur perhimounan itu. 

Beliau berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur. "Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan. 

Menurutnya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman. 

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan, pemasangan kain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan. "Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selain kita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut," katanya. 

Katanya, polis turut menasihatkan penganjur agar dapat mengawal segala kelakuan peserta perhimpunan itu daripada bertindak liar serta menimbulkan kekecohan. "Polis akan bertindak menahan peserta perhimpunan sekiranya mereka (peserta) melanggar akta yang telah ditetapkan," katanya. Maria juga berkata, pihaknya akan mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi berbeza dengan cara yang berlainan. 

Beliau berkata, pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam. "Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja. Kita berjanji perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman," katanya. SH

Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu menyeru ahli PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi. "Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan. Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," - Mat Sabu. 
Nota MediaPerak: SEBARKAN! Lokasi Himpunan JANJI DEMOKRASI yang akan berlangsung serentak, kemaskini di:- 
(1) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka. - https://www.facebook.com/events/374765835930326/ 

(2) Perak - Dataran MBI, Ipoh. - https://www.facebook.com/events/349743978440982/ 

(3) Melaka - Clock Tower Rumah Merah - https://www.facebook.com/events/456220747745966 

(4) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru. 

(5) Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu - https://www.facebook.com/events/128914397254281 

(6) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth. - https://www.facebook.com/events/455853691112343 

“Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan. Cuma bezanya kami memakai baju kuning,” Hishamuddin Rais.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular