Saturday, August 25, 2012

PAS tetap laksana hudud 'ikut demokrasi' - Datuk Seri Abdul Hadi Awang


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".
Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan PAS. "Isu hudud isu semua tak kira Umno atau PAS. PAS akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi. "Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. 

Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu. 

"Karpal tak setuju dia ada hak. Dan itu lah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi PAS tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi. 

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular