Thursday, August 23, 2012

Hudud: Mahathir patut di tabal sebagai "MAHARAJA LAWAK"

Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur MahathirTeras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat isu perlaksanaan hudud dan mewujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau tidak tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk menunaikan perintah Allah

Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila melihat perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik dengan mengajak PAS bersama Ummo. 

Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. 

Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.  

Pengisytiharan bahawa negara ini adalah negara Islam yang beliau ungkapkan tidak terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau. Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman beliau. 

Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud PAS. Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud. 

Penolakan perlaksanakan hudud oleh Karpal Singh tidak mengejutkan kerana beliau seorang bukan Muslim dan hujah beliau adalah berdasarkan perlembagaan negara. Namun penolakan hukum hudud oleh Umno yang bersekongkol dengan MCA, Gerakan selama 55 tahun berkuasa, yang jelas membantah perlaksanaan hukum hudud, adalah lebih parah. 

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno bersikap mengelak dan membisu untuk menyatakan pendirian ketika MCA dan Gerakan dengan lantang menolak perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya? 

Bukankah sejumlah kenyataan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau adalah orang yang paling keras menolak perlaksanaan hudud dan perlaksanaan sistem Islam secara menyeluruh? 

Malah beliau mengecam ulama yang berpendirian tegas untuk menuntut hukum hudud dan perundangan Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Malah jika disemak semua kenyataan beliau mengenai hukum hudud, sepatutnya para mufti menegurnya beliau dari awal lagi kerana kenyataannya boleh menjejaskan aqidahnya

Sekarang kerana terdesak untuk mendapat pengundi Melayu, Mahathir menyerang PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Mahathir ternyata bermuslihat politik oportunis untuk meretakkan hubungan di kalangan parti politik musuh Umno Barisan dan cuba mengujudkan polemik dalam masyarakat untuk menolak gelombang Pakatan Rakyat. 

Mempolitikkan hukum hudud untuk meraih undi Melayu inilah yang Teras kesali dan mengutuk sekeras-kerasnya. Sesungguhnya isu ini sudah terlalu lama diketengahkan secara bermusim oleh media arus perdana sehingga yang menjadi mangsa ialah masyarakat awam kerana terperangkap dengan perbahasan bersetimenkan politik bukan berasaskan ilmu. 

Pernyataan seorang Ahli Adun Umno di Johor supaya hudud dilaksanakan itu sendiri tidak disambut oleh pimpinan Umno sendiri apatah lagi Umno mahu benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud di peringkat pusat. 

Kini polemik hukum hudud sekali lagi dilontar oleh media bertujuan mengujudkan kesangsian rakyat kepada Pakatan Rakyat. Pendekatan yang sepatutnya Umno lakukan ialah menyatakan sikapnya terhadap MCA dan Gerakan dalam isu ini dan mengusulkan sokongan kepada hukum hudud di Parlimen. 

Hukum hudud bukan untuk dipersendakan dan untuk dilayan bagaikan bola yang dilontar ke sana ke mari. Pemimpin Umno harus insaf bahawa isu ini adalah isu hukum Allah yang semua insan Muslim yang memegang kuasa akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti Teras mendesak agar semua pihak menghentikan polimik hukum hudud yang menghina hukum Allah dan mencari jalan dengan bersungguh agar perlaksanaan hukum Islam dimartabatkan kepada taraf yang sewajarnya. 

Perbahasan bertujuan mengambil kesempatan menyerang parti politik lawan tidak akan membawa apa-apa makna malah hukum Allah diletakkan ke taraf yang hina bila dihujah oleh mereka yang jahil dan bersikap sembrono kepada perundangan Islam. -harakahdaily 

Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen 
1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini. 

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun] 

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.  

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu? 

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini. 

6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia. 

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular