Thursday, August 23, 2012

AWAS, MI SEGERA ADA LILIN...


APA jenama mi segera kegemaran anda? 
Mi segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.
Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna. 

Pelbagai bahan pengawet dan MSG digunakan agar ia tahan lama dan menambah sedap mi segera yang anda makan. 

Tahukah anda mi segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.  

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mi segera yang anda makan? 

Jika anda terpaksa makan mi segera ikutilah langkah berikut: 
-Masak mi segera dalam periuk. 
-Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang. 
-Masukkan mi tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan. 
-Makan seperti biasa. 

Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mi segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah. 

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. . SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular