Friday, April 13, 2012

Tahniah !! TV3 telah Meningkatkan "MUTU PERKHIDMATAN" dgn menyiar adegan bogel +Video


Inilah yang terjadi bila mereka tanpa segan silu sering menayangkan video lucah atau gambar lucah untuk tatapan umum dengan tujuan mengaibkan seseorang.


Jika video lucah keluaran Dato 'T' itu boleh mereka siarkan ketika waktu perdana tanpa segan silu, apatah lagi adengan-adengan yang tersorok di dalam filem-filem..

Sama saja tarafnya dengan blogger Pencacai UMNO yang tak kisah untuk menyiarkan gambar lucah hanya kerana mahu menjatuhkan maruah seseorang.

Bak kata pepatah.. alah bisa tegal biasa.. lepas buat minta maaf.. ASD

Lucah! TV3 siar adengan bogel Amile Hirsch

SALURAN propaganda Regime Barisan Nasional, TV3 Al Musyrikin memang sudah diketahui umum sebagai alat penyebar bahan lucah.

Sebelum ini mereka menggalakkan orang ramai termasuk budak-budak bawah umur untuk mencari video lucah adengan ranjang tanpa tapisan keluaran Datuk T rujuk sini [Video Lucah].

Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa yang prihatin menghalang anak-anak mereka menonton TV3 semasa siaran Buletin Utama di saat video lucah Dato T sedang heboh ditayangkan.

Kali ini, gara-gara sudah terbiasa menjadi penyebar video lucah, adengan bogel Amile Hirsch pula disiarkan di stesen TV propaganda Regime Barisan Nasional itu [mStar].

Apa yang menghairankan, Akta 292 kanun keseksaan kesalahan menyebarkan bahan lucah langsung tidak terpakai kepada TV3. Mereka kebal dari undang-undang kerana membela Regime Barisan Nasional.

Lihat sendiri video di bawah rakaman saat Buletin Utama menyebarkan video lucah. Mana pihak berkuasa waktu itu? Sibuk jaga ceramah Pakatan Rakyat ke? - Milosuam 
TV3 siar gambar adegan bogel Emile Hirsch. Apa yang sudah terjadi dengan media di Malaysia!!! Itulah kata-kata yang mugkin dikeluarkan oleh orang ramai apabila baru-baru ini timbul satu isu dimana TV3 tanpa segan silu menyiarkan adegan bogel Emile Hirsch di dalam filem bertajuk “Into The Wild”. 

Walaupun siaran itu telahpun berlalu pada 24 Mac 2012 lepas, namun kini isu ini menjadi topik perbualan hangat di internet termasuklah di blog-blog politik. Penyiaran adegan lucah di siaran televisyen TV3 itu telah mendatangkan impak yang sangat besar kepada negara Malaysia kerana tayangan itu dilihat oleh semua penonton yang menonton filem itu termasuklah kanak-kanak.

Adalah tidak wajar TV3 menyiarkan adegan bogel terlampau yang menampakkan kemaluan Emile Hirsch secara terang-terangan di saluran TV yang ditonton umum. Tindakan itu telah mencemarkan imej TV3 sebagai saluran televisyen terkenal di Malaysia. Dengan penyiaran adegan lucah itu, ramai pihak membuat bantahan terhadap TV3.

Ekoran daripada peristiwa memalukan TV3 itu, pihaknya tampil memohon maaf atas isu penyiaran adegan bogel Emile Hirsch.
TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan “infotainment” semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

“Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. < mStar >

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tahniah-tv3-telah-meningkatkan-mutu.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular