Thursday, April 12, 2012

Pelik!! Negara Pengeluar Minyak Kehabisan Minyak????


Hari ini minyak ESSO! Siapa tahu minyak PETRONAS juga bakal kehilangan bekalannya sedangkan Malaysia antara Pengeluar Minyak Dunia!!


Hari ini dalam sejarah! Pertama kali bekalan minyak RON95 dan diesel jenama ESSO, kehabisan stok di 500 stesen minyak diseluruh negara! Apa puncanya?

Adakah hanya kerana kenaikan harga minyak RON97 menyebabkan minyak RON95 terus menjadi rebutan? Kini minyak RON95 pula kehabisan stok dan menyebabkan rakyat terpaksa mencari di stesen-stesen minyak lain!

Apa akan jadi kononnya minyak RON95 pula kehabisan stok di seluruh negara? Sudah pasti rakyat Malaysia sudah tiada pilihan lain dan terpaksa membeli RON97 yang lebih mahal harganya? Siapakah yang akan mendapat untung besar? Apakah ini satu lagi taktik kotor kerajaan BN untuk mendapat untung mudah bagi membiayai kempen-kempen politik mereka pada PRU13 kelak?
Jawapan ini hanyalah ada pada Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak yang sudah pasti kebanyakkannya adalah orang kuat BN! Jangan sampai rakyat terpaksa menukar kerajaan pada PRU13 hanya semata-mata kerana negara kehabisan minyak!!
500 stesen Esso hilang bisnes!
KUALA LUMPUR - Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Kosmo! difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak.

Menurut beliau, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif pelanggan terhadap operasi syarikat minyak itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas.

Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso. - Kosmo! Online

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/pelik-negara-pengeluar-minyak-kehabisan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular