Tuesday, March 20, 2012

Firefly buktikan pembohongan Najib


WarkahDaily – Bermula 26 April depan, syarikat penerbangan Firefly telah memperkenalkan laluan barunya dari Kota Bharu ke Johor Baharu sebagai memenuhi keperluan pelanggan perniagaan dan liburan dari Kota Bharu yang mahu penerbangan terus dengan masa yang sesuai ke Johor [baca sini].

Menurut Firefly, laluan Kota Bharu-Johor Baharu itu disediakan pada hari Selasa, Khamis dan Ahad.
Hasil penambahan laluan baru itu, jelas menunjukkan tahap ekonomi rakyat Kelantan semakin berkembang maju berbanding negeri-negeri jirannya yang diperintah kerajaan Umno-BN.

Dengan kata lain, Firefly telah membuktikan tuduhan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak kononnya Kelantan adalah negeri termiskin adalah tidak benar [baca sini].

Sepatutnya Najib pergi melihat di negeri Pantai Timur yang lain yang diperintah Umno-BN seperti Terengganu. Walaupun dikatakan menerima hasil royalti petroleum berbilion ringgit, tapi kehidupan rakyatnya masih lagi miskin.

Jika dikira pembangunan yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan, Kelantan jauh lebih maju walaupun disekat peruntukan kewangan dari kerajaan pusat. - --WARKAHDAILY

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/firefly-buktikan-pembohongan-najib.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular