Thursday, August 25, 2011

Oiii UMNO!! Tolak Hukum Allah dan Menghalalkan yang Haram Pun MURTAD

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian lapor TMI.

Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.

“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” katanya dipetik Harakahdaily.
Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah kegiatan murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.

“Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan,” ujarnya.

Justeru, kata beliau, proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam.

Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.

“Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit,” ujarnya.

Tambah Tuan Ibrahim, ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan diharamkan oleh Allah.

“Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram,” ujarnya.

P/s: Orang UMCO jangan buat-buat lupa bagaimana pemimpin dan ahli parti anda mempersenda hukum hudud dan menyokong judi di Malaysia. Jangan lupa bekas Presdien anda juga pernah menghina nabi. - DCM


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular