Sunday, August 21, 2011

Najib terperangkap dalam kepompong kronisme

ImageBersih PM? 
Sebenarnya Persidangan Politik Kedai kopi tidak terhenti pada bulan Ramadhan, tetapi persidangan politik kedai kopi yang ada amat bersopan sambil duduk menggigit buah tamar yang tersedia sejak berbuka tadi. 
Apa pun persidangan beberapa hari lampau amat mengejutkan bila isu menjatuhkan Najib di bawa oleh perwakilan persidangan. Najib mahu diserang dan segera diganti. Kenapa dan mengapa. Betul ke?
Betul, kata wakil persidangan yang membawa usul bahawa Najib sudah secara kritikal mahu diserang dan mahu dijatuhkan dalam masa yang terdekat ini. Persiapan sedang dimulakan dan otai-otai politikus veteran terlibat. Ini bukan main-main. Mereka adalah orang yang pernah duduk dalam kerusi sahabat Dr Mahathir, kata pembuka usul.
Kenapa jadi macam tu. Tak serik-serik ke UMNO ni. Kenapa dan siapa yang dikatakan mendalangi usaha menjatuhkan Najib ni?
Dimaklumkan bahawa beberapa hari sudah ada Mesyuarat Khas yang disertai oleh mereka yang dikira otai dalam UMNO membuat perjumpaan itu. Mereka serius dan mereka sudah mempunyai perancangan. Mereka melihat Najib sudah menjadi liabiliti dan mereka merasakan Najib sudah terperangkap dalam kepompong kronisme dirinya dan ini perlu di bersihkan ...ala macam Bersih 2.0 tapi kali ini bagi mereka Bersih PM Najib.
Alamak serius sangat ke? Najib tahu ke perkara ini?
Aku rasa Najib sudah tahu tetapi Najib masih gagal mencari mereka yang mampu menjadi benteng pertahanan kepada dirinya. Najib sering terpengaruh dengan kekuatan palsu yang diceritakan oleh orang keliling mereka.
Ala ko ni macam SB pula. Semua tahu. Tapi sebenarnya Mesyuarat / perjumpaan khas itu benar-benar berlaku. Penyusunan sedang dilakukan dan seperti sedia kala senjata laman web digunakan dan Najib setakat ini terbuka untuk diserang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular