Cadangan SPR supaya parti politik jangan menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog selepas tengah malam hari mengundi adalah satu cadangan Pak Pandir.
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah di Kuantan.
Maksud tersirat tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat pengaruh kempen Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan rakyat. Semua kita maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.
Maksud tersirat tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat pengaruh kempen Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan rakyat. Semua kita maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.
Akhirnya BN terpaksa menggunakan kuasa yang ada untuk membendung maklumat kelemahan BN daripada di ketahui oleh rakyat melalui media sosial.
Kenapa SPR tidak berani menghalang kempen BN melalui televisyen sehingga tamat hari mengundi. Bahkan sewaktu pembuangan undi berjalan radio dan televisyen terus rancak memburuk-burukkan parti lawan.
Tiga Himpunan Bersih yang diadakan di ibu negara, antara tuntutannya ialah supaya parti yang bertanding dapat akses media dengan adil. Sampai hari ini tuntutan ini ibarat meminta sisik daripada ikan keli. Tiba-tiba SPR pula mencadangkan supaya media sosial tidak lagi boleh digunakan selepas waktu kempen tamat. SPR akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.
Kita mengharapkan jangan pula ada gangguan talian untuk akses media sosial sewaktu kempen pilihanraya berjalan. Kenapa BN terlalu takut dengan media sosial? Bukankah BN sudah memiliki dan menguasa televisyen dan radio untuk membantu kempen mereka. BN sekarang terlalu takut dengan bayang-bayang, sehingga tunggul kayu disangka hantu.
16/10/12
No comments:
Post a Comment