Objektif utama terowong SMART bernilai RM2billion ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan UMNO/BN, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang tadi 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,"
Jelas sekali pembinaan terowong SMART bernilai RM2billion masih gagal untuk menyelesaikan masalah banbjir kilat sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini mengepa perlunya kerajaan membelanjakan sebegitu besar untuk pembianaa terowong SMART.
Wang habis tapi penyelesaiannya tiada.
Lihat saja koleksi rakaman gambar diatas betapa teruknya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sampaikan ada kereta tenggelam macam kapal selam.
Nampaknya Kerajaan UMNO/BN tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir kilat ini walaupun sudah diberi mandat dan amanah oleh rakyat selama lebih 56 tahun.
Amat wajar parti pemerintah ditukar.. PRU adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan.. Turunkan BN diPutrajaya dan digantikan dengan PR!!!! - Omakkau
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment