Sunday, April 7, 2013

BN Lancar Manifesto Tahap Rasuah?

Anwar Tak Layak Jadi PM, Lebih Banyak Tunai Jika BN Menang Lagi-Najib ... Ini Dah Tahap Rasuah..Siaran Langsung Sejam Lebih,Pr Dapat 10 Min jer..

TBO-Dalam pada itu Najib sempat juga melakukan kecaman kepada DS Anwar Ibrahim dengan menyatakan Dia tidak layak untuk menjadi PM,malahan Tuan Guru Haji Hadi Awang juga tidak layak.

Hanya beliau lah sahaja yang layak kerana beliau lama dalam kerajaan dan sentiasa akur kepada ketua. Manifesto ini lebih dianggap sebagai "suapan" kepada rakyat. Maknanya jika rakyat sokong BN ,Mereka akan diberi ganjaran,kalau menolak,mereka tidak dapat apa apa. Najib dianggap sebagai jaguh kandang.. cuma gah dihadapan penyokong sendiri sahaja.Madey?.. tak payah  cakap ler..

Malaysia Kini..
BN mengumumkan lebih banyak pemberian tunai jika berjaya mentadbir Putrajaya sepenggal lagi.

Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.

bn manifesto launch 060413 01 najib
Begitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.

Turut diumumkan dalam manifesto BN:
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.
Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.
Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.(meniru PR ler tu-TBO)
Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.


'Kalau ada 100 PM, boleh beri 1 pada Anwar'
Abdul Rahim Sabri
7:50PM Apr 6 2013
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat yang bercita-cita ingin menguasai Putrajaya jika berjaya mendapat dua pertiga majoriti parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin yang menjadi mangsa sindirannya adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh DAP Lim Kit Siang.

Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad
Berucap dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor hari ini, tanpa menyebut nama Anwar, Dr Mahathir menyindir pemimpin PKR itu yang bercita-cita ingin menjadi perdana menteri dan bukannya untuk memajukan negara ini.

"Sepatutnya negara kita ada 100 perdana menteri. Kita boleh beri satu jawatan kepada dia. Kalau di Putrajaya, kita boleh beri dia satu bilik untuk dia.

"Dia boleh jadi PM, sebab beliau minat sangat jadi PM. Dia bukan mahu menjadikan negara kita maju," katanya berseloroh diringi sorakan hadirin-MK.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular