Tuesday, April 9, 2013

Bicara Minda&Sesi Dialog bersama Presiden Pas, DS Hadi Awang bertajuk Negara Berkebajikan: Persepsi & Realiti +Video


Hadi: Tajuk 'Negara Berkebajikan' ini sebenarnya memerlukan penjelasan yang panjang

Hadi: Yang pertama tentang persepsi. Ada perbezaan ketara negara berkebajikan fahaman barat dan Islam

Hadi: Prinsip kebajikan dijelaskan dalam al-Quran, kerjanya mesti kebajikan, orangnya juga mesti berkebajikan

Hadi: Ciri-ciri pemimpin negara berkebajikan - pemimpin beriman dan budiman

Hadi: Pemimpin baik dengan rakyat, mesti berlaku adil tanpa kira siapa rakyat itu. Adil kepada semua

Hadi: Kalau perintah negara mesti adil kepada semua sama ada rakyat yang sokong kita atau tidak

Hadi: Dalam negara berkebajikan, cukai tak dikenakan kepada orang miskin, miskin tegar, hanya org kaya dan berada. Sebab itu, PR hapuskan tol, malah kita mahu hapuskan tol kerana ia libatkan cukai kepada orang miskin

Hadi: Kekayaan negara pula tidak boleh berpusing dalam kolongan orang berada saja, seperti di zaman firaun

Hadi: Pendidikan percuma melahirkan ilmuan sama ada kemahiran dan akhlak.

Hadi: Al-Quran ada sebut tidak ada kerjasama dengan orang bukan Islam jika hilang jati diri

Hadi: Ada juga surah yg sebut perlu kerjasama dgn orang bukan Islam yg tidak memerangi, halau malah perlu membantu mereka

Hadi: Aspek kemanusian yang membolehkan kerjasama dalam PR walaupun Pas berbeza dengan DAP dan PKR

Soalan hadirin,Abdul Halim Bustamam kpd Hadi: "Apakah masa depan Malaysia? Negara berkebajikan juga kena berpendapatan tinggi."

Hadi menjawab: "Masa depan ini tuhan saja tahu." Hadi menambah,"Utk jalankan tugas di dunia, kena ikut fitrah manusia, manusia dijadikan bersifat individual dan bermasyarakat."

Satu lagi soalan kpd Hadi, "Adakah kerajaan yg lakukan sekarang bukan negara kebajikan."

Hadi jawab: "Saya tak nafikan, apa yg dibuat kerajaan ini itu kebajikan tetapi bagaimana menguruskan duit itu?"

Kata Hadi lagi, "ada yg projek RM2b jadi RM4b seperti negeri Terengganu niat baik tapi runtuh apa sebabnya?"

Hadi: "Contoh, buat masjid bagus, tapi material kualiti murah, bukan Melayu pun tahu rumah ibadat perlu dibuat dengan baik"

Hadi: "BR1M itu memang sumbang kpd rakyat, tapi pepatah kata klu nak mengail kena bagi tali,mata & kayu bukan ikan seperti BR1M"

Hadi: "Sebelum PRU jalan rasmi sana rasmi ini, nak tunjuk rakyat bantu rakyat."

Tambah Hadi: "Kalau kerajaan boleh jawab rakyat boleh sokong dia, kalau tak boleh jawab, rakyat perlu hukumnya."

Soalan kpd Hadi:"Tun M sifatkan manifesto PR sebagai khayalan. Pandangan Datuk Seri terhadap manifesto BN kpd kebajikan rakyat?

Hadi jawab: "Manifesto ini ialah janji tetapi mereka ini sudah lama janji tapi tak buat."

Kata Hadi: "Kena faham, pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan. Parti yang memerintah ini yang memegang amanah."

Hadi: "Manifesto ini buat itu buat ini, tetapi bagaimana hendak urus yang hendak dibuat ini."

Tambah Hadi: "Kenapa setelah 50 tahun, baru mahu turun harga kereta? Rakyat perlu menilai"

Amanah mengurus juga asas Berkebajikan


Lepas 50 tahun baru BN jumpa cara turun harga kereta


Royalti: Kelantan juga sebahagian Malaysia


BICARA MINDA : NEGARA BERKEBAJIKAN

Dialog "Negara Berkebajikan" bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dengar dan fikirkan;



Sumber : Laporan lanjut Bicara Minda & Sesi Berdialog Hadi Awang, yang mengupas tajuk "Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti" https://twitter.com/SinarOnline

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular