Suhu politik Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang biasanya menyusut sehingga 17 darjah selsius seakan tidak cukup sejuk menahan asakan pelbagai kumpulan yang datang bertali arus ke ibu pejabat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.
Setelah kita dikejutkan dengan senarai lebih 30 bakal calon dan penyandang kerusi parlimen masing-masing yang digugurkan semalam, nampaknya senarai tersebut tidak terhenti setakat itu saja.
Masih mengekalkan tiga kategori sama iaitu senarai calon yang digugurkan, calon yang tidak dibenarkan bertanding dan calon gagal melepasi saringan pertama dan kedua, sumber dalaman terbaru memberitahu sekurang-kurangnya enam lagi nama besar dicantas semasa melepasi saringan ketiga pagi tadi.
Kedudukan genting ini pastinya akan menambah rasa senak perut bakal calon masing-masing kerana segala ikhtiar dan usaha termasuk berjumpa bomoh terhandal Siam dan Jawa sudah dilakukan, tidak termasuk berbelanja besar kepada kawasan idaman masing-masing hingga mencecah puluhan juta.
Namun senarai terbaru ini sebenarnya bakal menambah derita Umno dalam usaha mempertahankan Putrajaya buat kali ke-13.
Inilah senarai nama enam lagi calon yang gagal melepasi saringan ketiga pagi tadi:
1) Abdul Ghapur Salleh (BEKAS ahli parlimen Kalabakan)
2) Ismail Mohd Said (BEKAS ahli parlimen Kuala Krau)
3) Norraesah Mohamed (BEKAS calon parlimen Balik Pulau)
4) Mohd Nizar Zakaria (BEKAS calon parlimen Parit)
5) Salleh Kalbi (BEKAS calon parlimen Silam)
6) Sapawi Amat Wassali @ Ahmad (BEKAS calon parlimen Sipitang)
Keenam-enam mereka tersenarai dalam kategori pertama, senarai calon yang digugurkan.
Sumber dalaman itu turut memberitahu bahawa beberapa pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti komponen di Sabah dan Sarawak juga sedang menunggu masa untuk dipancung.
Antara nama-mana panas yang dikaitkan ialah:
1) William Mawan Ikom (ADUN Pakan, presiden SPDP)
2) James Dawot Mamit (BEKAS ahli parlimen Mambong)
3) Joseph Salang Gandum (BEKAS ahli parlimen Julau)
4) Dr Muhammad Leo Michael Toyad (BEKAS ahli parlimen Mukah)
5) Ahmad Lai Bujang (BEKAS ahli parlimen Sibuti)
Kedudukan enam mereka dijangka diketahui lusa apabila mesyuarat tertinggi BN akan memutusak senarai akhir sebelum pengumuman rasmi calon BN yang bertanding dijangka dibuat minggu depan.
Masih terdapat calon yang sudah digugurkan kini dalam proses rayuan peringkat pertama dan kedua sebelum dimuktamadkan dalam peringkat ketiga oleh panel tertinggi BN.
Sebenarnya ia merupakan tempoh 'berpantang' terhadap bakal calon yang sudah tersenarai sebelum ini agar menjaga 'mulut dan bawah perut' masing-masing kerana nama mereka akan dicantas bila-bila masa sekiranya tidak berhati-hati.
Jika ada perkembangan terbaru, kami akan membawakan kepada anda semua.
Teruskan bersama kami!
Sumber: jalanpulang
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment