Baru-baru ini terdapat berbagai usaha untuk menjatuhkan Anwar melalui pembinaan persepsi negatif terhadap akhlak Anwar..
Cubaan membina persepsi "Akhlak Anwar Buruk" adalah bagi mengelirukan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terhadap imej Anwar Ibrahim...
Perancangan jahat ini dilakukan secara berterusan sejak dari tahun 1997 dan 1998 sehinggalah sekarang..
dari fitnah liwat pertama,kedua dan kini sudah ada perancangan untuk yang ketiga..
Dari lelaki muda kepada lelaki tua dan perempuan,semuanya dibuat dan direka bagi menanam persepsi di minda rakyat terutamanya penyokong pakatan Rakyat bahawa "Anwar seorang yang rosak akhlak"
itu adalah matlamat mereka..
Syukur,pihak yang benar tetap dengan kebenarannya tanpa perlu berganjak..
kerana kebenaran akhirnya akan datang dengan sendirinya..
Bertempat di Taman Medan Petaling Jaya,Selangor pada 7 April baru-baru ini..
bekas pegawai Khas Tun Mahathir,Dato' Omar Abu Bakar yang terlibat secara langsung dalam konspirasi fitnah liwat yang pertama dahulu tampil menyatakan kebenaran dan menceritakan bagaimana kes fitnah terhadap Anwar Ibrahim itu bermula..
Lihat dan dengar pengakuan beliau...
Bagi yang tak dapat nak tengok video sebab tenet slow macam siput sedut,
baca jer transkrip ucapan beliau di bawah ni...
Dato' Omar Abu Bakar :-
"Saya disini nak bagi tahu perkara yang sebenar..
perkara ini saya dah dengar Dato' Tamrin dah bercakap tadi, saya bagi tahu sebab malam tadi Tun Mahathir dalam gambar tu saya nampak Aziz Shamsudin dan juga Prof Sidek Baba bercakap tentang akhlak Anwar.."
"...saya bersumpah saya bertanggungjawab apa yang telah berlaku dalam peristiwa sodomy 1..
saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat,menghantar surat Umi Hafilda,hantar kepada Daim,Daim hantar pada Mahathir,itulah punca sebenarnya.."
"..maka bermula daripada situ Anwar ditangkap,Anwar dipenjara 6 tahun.. apabila keluar daripada penjara tiba-tiba lepas kerana alasannya dibebaskan apartment yang diduduk tu belum ada pun lagi.."
"sebab itu Mahathir kata apabila masuk peristiwa sodomy kedua "mengapa najib ambik tugas yang sama..?"
itu dah nampak tak betul dah.."
"Bekas bos saya sekarang ni jadi kempen manager Ibrahim katak..
itu antara yang saya nak terangkan,insha allah pilihanraya kalau dapat saya mendatang beri pertolongan saya akan bagi sumbangan..."
Memang ler perbuatan Dato' Omar Abu Bakar versama rakan-rakan kospirasi mereka itu sangat-sangat besar kesannya pada landskap politik negara kita ini..
Tetapi bagi aku semuanya ada hikmah di sebaliknya..
ini kerana sekiranya konspirasi fitnah liwat pertama dulu tiada..
dan pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak berlaku maka kebangkitan rakyat juga tidak akan berlaku sebegini hebat..
Kebangkitan rakyat hanya berlaku selepas Anwar Ibrahim dipecat..
dari situ rakyat yang selama ini menyokong kerajaan BN tersentak dan terkejut betapa dahsyatnya pemimpin BN dalam mahu mengekalkan penguasaan mereka sehingga sanggup mencipta fitnah sedemikian rupa..
Dan akibat dari konspirasi fitnah tersebut yang memulakan cetusan kebangkitan rakyat,maka kita pada hari ini mempunyai peluang yang paling tinggi untuk mengubah kerajaan dalam PRU 13 nanti..
Benarlah apabila Hadith Nabi pernah mengutarakan kisah di akhir zaman banyak fitnah,dan fitnah itu pula akan kembali memberi kesan kepada si tukang fitnah..
dan itulah yang berlaku kepada BN kini... - Liang Lahad
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment