Sunday, October 14, 2012

Surat Bukti Pengerusi dan kariah masjid dipaksa ke program bersama Najib di Perak


DIFAHAMKAN Perdana Menteri, Najib Razak akan mengadakan satu program sepagi bersama Perdana Menteri Malaysia di Teluk Intan, sempena lawatannya ke Daerah Hilir Perak pada 18 Oktober 2012 ini.

Salah seorang sahabat telah mengirimkan gambar sepucuk surat yang diterima daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Hilir Perak yang dikatakan memaksa pengerusi dan ahli kariah masjid untuk menyertai program tersebut.

"Nak buat program buatlah, tapi kalau sampai nak paksa-paksa orang untuk hadir dengan menulis kehadiran adalah diwajibkan, ini satu paksaan. Ingat kami ahli jawatankuasa masjid ni tak ada kerja lain ke nak buat?" tulis kiriman email itu.

Pengirim email itu juga menyifatkan surat ini sebagai satu lagi langkah terdesak Perdana Menteri untuk mendapatkan jumlah hadirin yang ramai dengan cara memaksa kehadiran penduduk setempat.

Berikut adalah surat tersebut>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular