Saturday, October 20, 2012

Terkini!! MCA TERUS MAINKAN ISU HUDUD UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN ORANG CINA,

CUMA MODAL INILAH YANG MCA ADA BAGI MERAIH KEMBALI SOKONGAN ORANG CINA TERHADAP MCA,

WALAU BAGAIMANAPUN UMNO SEBAGAI PARTI YANG BERTUNJANGKAN AGAMA ISLAM TIDAK HARUSLAH TERUS PEKAKKAN TELINGA APABILA RAKAN POLITIK MEREKA MENPERSENDAKAN DAN MENPERMAIKAN UNDANG-UNDANG ISLAM (HUDUD) YANG DATANG DARI ALLAH ITU, SEMATA-MATA UNTUK MAINAN POLITIK MCA. - Kim Jung Woo

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."

Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular