Tuesday, October 16, 2012

Kantoii!! Asang JATI masih bermimpi..


Apa Rahsia Hassan Ali Dakwa Ingin Terus Bersama PAS?
Hasan Ali: Saya tetap dengan PAS, tak akan masuk Umno

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.-Bernama

Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Apa rahsia Hassan Ali buat pengakuan masih tetap dengan PAS sekalipun beliau telah dipecat dari PAS?

Apakah ia agenda UMNO supaya Hassan Ali terus membuat pengakuan tersebut dan dengan itu UMNO akan terus dapat memperalatkan Hassan ALi untuk menarik pengikut-pengikut PAS untuk mendengar "ceramah"nya menghentam PAS.

Orang siuman mana yang boleh percaya Hassan Ali mengeluarkan belanjanya sendiri untuk bercakap di pentas-pentas UMNO tanpa ditaja oleh pihak UMNO sendiri?

KANTOIII!!!!!
Dr Hasan Ali JATI berperasit dibawah khemah UMNO dengan isu basi di Batu Kurau .. Baca SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular