Wednesday, October 17, 2012

BONGKAR SCANDAL UMNO/BN.. Rm 207Billion Wang Pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun UMNO/BN Sapu!!!

Mungkin ramai yg terlepas pandang namun demi keadilan PPKR cuba bangkitkan isu ini. Ramai yg tidak tahu bahawa Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?

Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.

Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.

Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?

Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?

Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno? - SUMBER

29 Mac 2011 Kementerian Kewangan Malaysia mengesahkan kewujudan duit pampasan dari Kerajaan jepun untuk Buruh Paksa zaman penjajahan Jepun dulu.

Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.

Pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusannya melibatkan Dana Khas.

10 Oktober 2012, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion.

Dan FAKTA yg dilaporkan di KOSMO pula, PAMPASAN TIDAK PERNAH WUJUD. Pampasan ratusan ribu ringgit yang dijanjikan kepada ahli Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa ke Burma 1942-1946 (PBP) oleh bekas presidennya, Wan Mamat Ngah sebenarnya tidak wujud langsung.

Berbelit belit lah!!! Korang baca disini http://bit.ly/TaInN3 untuk lebih terperinci. Macam biasa laaaaaaaaaaaa, cakap je tapi apa pun xde.. Susah sangat ke nak cakap duit tu dah lesap!!! X faham2 lagi ke?Orenji Ren Oren

2 comments:

shamsadis said...

1 - Kem. Kewangan takder KSU
2 - no. rujukan tu no. rujukan kem. kesihatan
3 - takder orang sign letak pangkat datuk

shamsadis said...

1 - kem. kewangan takder jawatan KSU
2 - no. rujukan pakai kem.kesihatan malaysia?
3 - takder orang sign letak title datuk sekali kat malaysia
4 - memo daripada KSU tapi sign pengarah bahagian?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular