Saturday, October 20, 2012

Panas ! Pengakuan Bekas Amah Rais Yatim .. Apakah Robengah pun menabung dari kecik seperti Rosemah? +Video


Bagaimanakah Robengah - seorang orang gaji kepada Menteri Penerangan Barisan Nasional YB Datuk Seri Utama Rais Yatim II, boleh mampu hidup selesa dan memiliki sebuah rumah yang dianggarkan berharga RM 100K di Banjanegara Indonesia sedangkan gajinya sebulan antara RM 300- RM 500 selama 8 tahun & suaminya seorang OKU yang lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja?

Inilah antara persoalan2 yang patut dijawab oleh bekas majikan Robengah yang pernah diakui oleh Robengah sendiri bahawa bekas majikannya itu pernah memperkosanya pada 2007 sedangkan 4 tahun selepas kejadian itu Robengah tiba-tiba menafikannya dan terus menyelamatkan YB Datuk Seri Yang Utama Dr. Rais Yatim dari tuduhan tersebut?

Sejak dari peristiwa inilah dipersoalkan bagaimana Puan Robengah boleh mampu membina rumah yang cukup lumayan yang lengkap dgn pagar batu dan perabot jati yang baru dianggarkan berharga RM 100k! - Demi Rakyat

Panas ! Pengakuan Bekas Amah Rais Yatim dakwa dirinya ‘orang kecil, biar tuhan balas’ ( Video )

Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.

“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.

Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .

Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam.

Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.

Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini. Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang.
Meh...kita layan dulu.....Aku orang kecil....engkau orang besar..........




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular