Friday, October 19, 2012

ARAK : Sikap Hipokrit UMNO

UMNO Tekan Pegawai Daerah yang Haramkan Arak (Bhgs 1)
Adapun UMNO terus menerus mencabar PAS untuk menutup kilang Carlsberg dan Guiness di Sungai Way.

Namun, tahukah anda bahawa mantan Pegawai Daerah Hulu Langat, Tn Haji Mohd Azhar Marzuki, pernah ditekan dan ditukar hanya kerana beliau membatalkan semua lesen premis arak di dalam daerah Hulu Langat?

Di bawah adalah liputan Harakah bertarikh 2 Feb 1990.
Tidak hairanlah kepada kita mengapa UMNO begitu beriye-iye menyuruh PAS menutup kilang2 arak tersebut.

Mereka hendak menyorok hakikat bahawa mereka adalah penyokong dan pendokong kepada penjualan dan penyebaran arak di Selangor.

Pada tahun 1990 itu, UMNO dengan jelas menekan Tuan Haji Mohd.Azhar supaya menarik balik pembatalan lesen-lesen premis arak di Selangor.

Kalau UMNO ikhlas menentang apa yang Allah SWT haramkan, nescaya mereka tidak akan memaksa Tuan Haji Azhar Marzuki menarik kembali larangan penjualan arak di Hulu Langat itu.

Bukankah ini jelas bukti bahawa UMNO tunduk pada MCA memandangkan penjual2 arak di Selangor pada masa itu adalah di bawah pengaruh MCA?

Nantikanlah hasil penyiasatan Tulang Besi terhadap isu ini selepas ini


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular