Dalam kenyataan terbarunya seperti yang disiarkan laman portal Malaysiakini hari ini, Datuk Sri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA telah sekali lagi menghina hukum Hudud dengan mengatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia, termasuk yang bekerja di Genting Highlands Resort dan rumah urut akan hilang pekerjaan jika hukum Hudud dilaksanakan.
CHUA SOI LEK LIABILITI KEPADA BN
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
02 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 18 Oktober 2012
"CHUA SOI LEK LIABILITI KEPADA BN - KETUA PEMUDA PAS"
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud. Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam. Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali ? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
Ngo – ngo Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
Ngo – ngo melayu juga selayaknya berperanan . Terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP. Kemana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek ?
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Ala mini.
Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau diusia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.
Disediakan oleh ;
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
1.2 JUTA AKAN TERJEJAS JIKA HUDUD DILAKSANAKAN KATA SAHABAT UMNO.
Kenyataan biadabnya ini bererti yang beliau juga telah menghina Islam, agama rasmi bagi negara Malaysia.
Disamping itu, beliau juga telah dianggap menghina YDP Agung sebagai Ketua Agama Islam dinegara ini.
Umat Islam dinegara ini patut rasa tercabar dengan penghinaan pemimpin tertinggi MCA itu.
Apakah kenyataan menghina sebegini boleh didiamkan saja tanpa diambil tindakan yang sewajarnya.
Presiden MCA ni tidak kafir harbi walaupun dia menentang hukum hudud... walaupun dia selalu mempersendakan Islam..
walaupun dia selalu menggambarkan hukum Islam itu sebagai zalim,
dan perlaksanaan hukum-hukum Islam akan membawa Malaysia ke zaman gelap dan terkebelakang dari arus semasa...
Chua Soi Lek ini tidak boleh dianggap kafir harbi kerana dia masih dianggap suci dan dia juga diiktiraf oleh ustaz-ustaz UMNO..
ini boleh dilihat apabila ustaz-ustaz pro UMNO langsung tidak pernah menegur sebarang kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Islam...
Maka Chua Soi Lek secara bebas dan berterusan menghina Islam dan terus memberikan gambaran yang salah tentang hudud....
Mungkin kerana Chua Soi Lek menganggap kenyataan dan pandangan beliau sebagai betul kerana tidak pernah ada ustaz-ustaz UMNO yang menyanggah pandangan beliau...
Yang menyanggah hanyalah PAS..
dan bila PAS yang membantah,keseluruhan ahli UMNO akan berdiri teguh di belakang Chua Soi Lek...
Terbaru..
dalam usaha menggambarkan keburukan hukum Islam di mata dunia,Chua Soi Lek mengeluarkan satu kenyataan baru bahawa jika hudud dilaksanakan 1.2 juta rakyat Malaysia akan sengsara kerana ketiadaan pekerjaan....
Kenyataan beliau itu hanya disandarkan kepada satu SMS dari individu yang tidak dikenali yang mengatakan tentang keburukan-keburukan hukum hudud... - Liang Lahad
CACI HUDUD : SOI LEK, PELAKON VIDEO KURANG AJAR
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.
Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.
Serangan Presiden MCA ini terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.
Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.
Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.
“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.
"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.
Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.
Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.
“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.
Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.
“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.
Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.
“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.
Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.
Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."
(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).
Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.
(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).
Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."
(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).
Sumber : Msiakini dan Hdaily.
TUA KUTUK BANGSAT TAK SERIK HINA ISLAM
Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA membaca laporan di SINI, aku terfikir si Apek tua haramjadah bangsat ini memang tidak layak berada di bumi Malaysia. Ini semua akibat si bangsat ini terlalu lama berkawan dengan sekutu Apco Yahudi laknatullah yang tidak pernah memberitahu bangsat ini tentang Islam.
Menghina hukum Hudud sudah menjadi hobi buat Apek celaka ini kerana siapa yang peduli dia mahu hina atau tidak, bahkan dia pernah mengugut parti sekutu dia agar jangan laksanakan Hukum Hudud walaupun parti itu bukan main lagi hebat mengaku memperjuangkan Islam.
Benar, Karpal Singh juga tidak bersetuju dengan hukum Hudud. Tapi Karpal Singh memberikan alasan bahawa hukum ini tidak boleh dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan yang sejak dahulu dianggap oleh beliau sebagai sekular. Beliau tidak bersetuju hukum Hudud atas sebab perundanganyang beliau fahami. Berbeza dengan Apek celaka ini, yang menghina hukum Hudud sewenang-wenangnya. Sebelum ini pun si haramjadah ini pernah mempersendakan hukum menyentuh tangan wanita Muslim dengan lelaki yang bukan muhrim.
Sekali lagi kita mahu tanya mana suara 'ular mak' di dalam sekutu Apco? Jamil Khir, Mashitah, Perkasa? Mana suara Hassan si kayu Jati dan Al Fadzil Us Nasha? Sebab itu kita katakan pada mereka duduklah kamu berlonggok di dalam tong yang penuh najis si bangsat itu./wfauzdin.blogspot.com
Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.hassan ali & ostad nasa & Perkasam mmg suka dia ni... - Pakatan Rakyat Ganti B-end's
Sewaktu kecoh Ngeh Ko Ham (DAP) keluar kenyataan yg kelihatan menyinggung umat Islam, Pemuda PAS pergi bertemu beliau nasihat & memberi kefahaman... Esoknya beliau memohon maaf... Namun CSL ni kelihatan semakin angkuh menghina Islam.. Adakah CSL tidak dinasihati oleh mana2 pihak dari umno??? Atau CSL diberi mandat besr utk terus menerus memainkan isu sensitiviti sebegini.......Amat malang. - Lajnah Penerangan Dppsa
LAGI KENYATAAN CSL @ MCA YG MENGHINA ISLAM .. KLIK DI SINI
Bila parlimen akan dibubarkan ... Jawapannya ialah apabila gabungan Pakatan Rakyat berpecah ... Pemimpin Dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan persoalan agama yang sedang dimainkan... Klu terperangkap maknanya UMNO Baru BN akan menang mudah dalam PRU 13...
Bila parlimen akan dibubarkan ... Jawapannya ialah apabila gabungan Pakatan Rakyat berpecah ... Pemimpin Dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan persoalan agama yang sedang dimainkan... Klu terperangkap maknanya UMNO Baru BN akan menang mudah dalam PRU 13...
No comments:
Post a Comment