Tuesday, November 1, 2011

Mutiara $150,000, Ini Bukti nya

RAMAI mempertikai kesahihan pendedahan laporan akhbar The West Australian tentang tabiat boros "first lady" membeli mutiara bernilai $150,000, serta anak perempuan Najib Razak yang berbelanja sakan sehingga $60,000 di Perth Autralia.Pertikaian itu turut disiarkan di portal Malaysiakini. Ini kerana laman-laman blog termasuk portal Keadilandailyhanya menyiarkan keratan kecil laporan akhbar tersebut.

MiLo SuaM sebelum ini juga hanya menyiarkan sebahagian kecil keratan itu yang hanya memaparkan berita berkaitan tanpa tarikh, dan logo akhbar berkenaan [Mutiara Rosmah].Hasil bantuan seorang rakan [Wikimalay], ReJaM© berjaya mendapatkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang menjadi kontroversi sejak semalam. Di bawah ini keratan yang dimaksudkan.


Di bawah tajuk "Delegates go shopping, sightseeing", bertarikh 31 Oktober, Isnin akhbar The West Australian itu melaporkan seperti berikut:“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertamadiketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan $60,000 di David Jones,”Di bawah ini pula gambar muka depan akhbar The West Australian yang melaporkan berita tersebut.

ReJaM© "Terbukti laporan The West Australian ini memang wujud..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular