Setelah melihat gambar lautan manusia yang menghadiri ceramah Ibrahim Ali atau dikenali juga dengan Tok Him ini (sila lihat diakhir entry) aku yakin memang benarlah apa yang dikata oleh Ibrahim Ali bahawa Perkasa akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang..
Baca laporan ni dulu..
Perkasa tak undi calon guris perasaan Melayu
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, Perkasa boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.
Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
“Jadi pihak yang mahu sokongan Perkasa itu hendaklah dapat mendekati kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.
Ibrahim juga yakin Perkasa akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
“Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang Perkasa tidak undi.
Bagaimanapun, Perkasa sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.
Lihatlah!! lautan manusia yang mendengar ceramah Ibrahim ALi @ Tok Him ini..
No comments:
Post a Comment